Monday, 26 December 2011

BMI ?


BMI (Body Mass Index) atau Indeks Jisim Tubuh merupakan satu piawai pengukuran bagi menentukan berat badan yang unggul. Secara amnya, seseorang yang tergolong dalam kategori terlalu gemuk atau obes akan mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung,darah tinggi dan kencing manis. Berat badan unggul akan membuat anda kelihatan segak,rasa sihat dan bertenaga.

Timbanglah berat badan anda sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Ingat : Julat sihat ialah 20 hingga 25. Pengiraan BMI hanya diterima pakai jika anda berumur antara 18 hingga 64 tahun .Ini adalah kerana golongan dewasa mempunyai saiz dan komposisi yang lebih stab
Status berat seseorang boleh ditentukan dengan menggunakan pengukuran Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index) ataupun BMI. Cara pengiraan BMI :

  

BMI    =                          Berat (kg)
                            ______________________ 

                              Tinggi (m) x Tinggi (m)





Klasifikasi berat dengan pengukuran BMI :   

Kurang berat :  BMI kurang dari 20

Normal (berat badan unggul) : BMI antara 20 – 24.9

Berat badan berlebihan  : BMI melebihi 25.0

Pra-obes :  BMI 25.0 hingga 29.9

Obes Kelas 1 :  BMI 30.0 hingga 34.9

Obes Kelas 2 : BMI  35.0 hingga 39.9

Obes Kelas 3 : BMI melebihi 40.0

No comments:

Post a Comment