- elakan dari menyekat diri anda daripada menikmati hidangan utama setiap hari. Tabiat ini hanya akan membuatkan diri anda berasa lapar dan akan mengambil kuantiti makanan yang banyak untuk mengisi perut
- tidak salah kiranya anda memilih untuk cuba mengamalkan suplemen atau pil yang boleh membantu menyerap lemak makanan yang diambil. Cubalah agar anda boleh terus menikmati makanan kegemaran tanpa perlu risau akan lemak yang masuk kedalam tubuh.
· senaman penting dalam mengekalkan stamina dan kesihatan badan. Jadi peruntukan sekurang-kurangnya setengah jam untuk berjoging di sekitar kawasan kediaman
· simpanlah sebuah diari pemakanan anda sendiri yang mencatakan makanan bersertajumlah kalori yang anda ambil setiap hari. Ini membantu anda memantau atau menilai sendiri apakah makanan yang perlu dikurangkan atau ditambah dalam hidangan harian anda.
· tetapkan matlamat yang munasabah yang mampu anda capai. Misalnya, sekiranya anda ingin menurukan berat badan, tetapkan jumlah berat badan yang ingin dikurangkansecara sederhana mengikut kemampuan anda. Sekiranya tidak, anda mungkin akan berasa kecewa kerana tidak Berjaya mencapai berat badan yang diinginkan dalam masa yang singkat.
· sentiasa berfikiran positive sepanjang usaha anda ingin menurukan berat badan. Paling tidak, wujudkan rasa bangga dengan usaha anda itu. Sebenarnya anda tidak perlu perubahan drastic untuk menyedari hasil usaha anda itu.
· kini terdapat banyak makanan yang dijual dengan label bebas lemak (fat-free). Pun begitu, berhati-hatilah kerana biasanya gula akan dijadikan penganti lemak tersebut. Untuk itu, periksalah terlebih dahulu maklumat nutrisi yang tercatat pada bungkusan makanan yang ingin dibeli.
· amalan memakan dengan kerap tetapi kuantiti yang kecil adalah sangat baik diikuti. Bukan sahaja dapat menghalang anda daripada berasa lapar seterusnya makan dalam kuantiti yang banyak, tetapi ia juga mampu mengekalkan metabolism dan mengoptimakan tenaga dalam badan.
· timbanglah berat badan anda sekali setiap minggu. Mereka yang menimbang berat badan dengan lebih kerap biasanya akan mendapati diri mereka lebihterpengaruh dan peka dengan perubahan terhadap badan mereka. Ini seterusnya akan membuatkan anda pantas mengambil lengkah berkesan untuk mendapatkan berat badan idaman
· tidur yang cukup iaitu 7 hingga 8 jam pada waktu malam dapat membuatkan anda berasa segar apabila bangun pada keesokan harinya. Anda juga akan dapat berhadapan dengan pelbagai masalah yang timbul selain mampu mengekalkan gaya hidup sihat.
No comments:
Post a Comment