Thursday, 8 December 2011

7 kunci untuk tampil yakin dan cantik

  1. Jangan keterlaluan – Kalau setakat nak keluar biasa-biasa bukan untuk pergi majlis ke apa, tak perlulah make up tebal macam nak pergi bersanding. Elakkan pakai eyeliner terlalu gelap dan tebal. Maskara pon biarlah sesuai dengan mata. Sapuan terlalu tebal akan menampakkan bulu mata bergumpal. Bedak asas pun sama, warna perlu sesuai dengan muka. Kalau tak, muka akan nampak gelap atau terlalu cerah. Sentiasa aplikasi konsep less is moresupaya muka korang kelihatan cantik semulajadi.
  2. Aplikasi lipstick dengan betul – Lipstick perlu disesuaikan dengan bentuk bibir dan warna kulit. Terlebih dahulu garis bibir dengan penggaris bibir supaya bibir terbentuk dengan sempurna dan pastikan garisan bibir tersebut tak kelihatan. Kalau nak lebih kasual, pilih pengilat bibir berwarna saja.
  3. Sesuaikan solekan dengan majlis yang dihadiri – Perlu bijak dalam mengenakan solekan supaya tak kelihatan aneh masa menghadiri majlis atau aktiviti. 
  4. Jangan ragu-ragu bersolek – Ada perempuan still ragu-ragu untuk mengenakan make up sebab takut muka nampak pelik atau keterlaluan. Ada yang dah usia dua puluh tahun pun macam takut-takut nak make up. 
  5. Mengenalpasti keseluruhan penampilan – Penting untuk kenalpasti apa yang bersesuaian dengan warna kulit, rambut atau tudung, dan juga bentuk muka serta badan. Pilih solekan yang sesuai dengan warna kulit supaya nampak semulajadi.Kenal pasti kulit berminyak atau kering. Kulit yang berminyak memerlukan korang pakai pelembap untuk mengawal pengeluaran minyak.
  6. Memilih warna rambut atau tudung yang sesuai – Sama seperti solekan, warna rambut atau tudung pun perlu disesuaikan dengan warna kulit.
  7. Sentuhan terakhir – Setelah mengenakan solekan dengan sempurna, pastikan korang sentiasa touch up supaya make up tak hilang atau pudar. Pastikan puffmenjadi teman setia dalam handbag untuk tujuan touch up

No comments:

Post a Comment