11 langkah yang perlu anda lakukan
- Potong rambut lebih pendek. Rambut pendek lebih senang dijaga dan tidak membahayakan bayi
- Rambut yang panjang dan gugur boleh membelit bayi anda yang boleh menyebabkan kesakitan pada bayi
- Dinasihatkan kerap menyapu/vakum untuk membuang rambut gugur
- Selepas ini, pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil
- Teruskan mengambil makanan yang sihat dan seimbang dengan protein dan zat besi secukupnya
- Anda juga boleh meneruskan pengambilan vitamin prenatal anda
- Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak dan elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
- Elakan membuat rawatan mengunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
- Bersabarlah, kerana keadaan ini sementara sahaja
- Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain.
- Amalkan minum air suam dan jus buah-buahan
No comments:
Post a Comment