Sunday 4 December 2011

Vitamin B

Kita semua memerlukan vitamin dan mineral untuk menjaga tubuh kita supaya menjadi sihat dan kuat. Ini adalah penting untuk kesihatan secara keseluruhan dan kesejahteraan fikiran dan tubuh kita.

Vitamin kompleks B merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut dalam air. Kumpulan B kompleks terdiri daripada sebelas vitamin B iaitu:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B11
7. B12 (cobalamine)
8. Acid folic
9. Asid panthothenic
10. Biotin
11. Animo Asid

Masing-masing vitamin dalam vitamin B kompleks memiliki fungsi khusus di dalam tubuh. Vitamin B kompleks membantu dalam fungsi yang sihat dari sistem pertahanan tubuh dan saraf. Ia membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kekurangan vitamin B boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak. Ini akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Kekurangan vitamin B kompleks juga boleh menyebabkan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Ada beberapa sebab mengapa ramai orang menderita kekurangan vitamin B kompleks akan menimbulkan banyak masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.

No comments:

Post a Comment