Wednesday 7 December 2011

Penyakit Batu Karang

Untuk pengetahuan semua penyakit batu karang ini ada dua jenis.
a) BATU KARANG DALAM GINJAL (BUAH PINGGANG)
b) BATU KARANG DALAM HEMPEDU
Baiklah tanpa membuang masa apa kata kita fahami dahulu bagaimanakah penyakit batu karang ini boleh terjadi..
a) BATU KARANG DALAM GINJAL (BUAH PINGGANG)
Apa dia Batu karang dalam Ginjal?
Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan “Buah Pinggang” terjadi daritumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimiaKimia yang paling lumrah adalahkalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine danmagnesiam pospat ammonia.
Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar!
kidneystone
Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.
Apakah tanda-tandanya ?
Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.
Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.
Rawatan Batu Karang Dalam Ginjal
1. Peringkat Awal – Perubatan Biasa
2. Peringkat Kedua – Pembedahan / Lithotritpsy
3. Peringkat Serius – Dialisis / Pemindahan Buah Pinggang
Kesan Pemecahan Batu Karang
Bidang perubatan boleh menghancurkan batu karang, tetepi serpihannya akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat ketika hendak keluar melalui saluran kencing. Jika batu itu tersekat, pembedahan terpaksa dilakukan.
Kesan Pemindahan Buah Pinggang
Secara teori, pemindahan buah pinggang nampak mudah iaitu dengan manggantikan buah pinggang lama dengan yang baru. Namun masalah akan timbul jika tubuh pesakit tidak serasi dengan buah pinggang yang baru.
images
Buah Pinggang Sebagai Penapis
BUAH PINGGANG berbentuk seperti kacang kacang merah dibelah dua dan berada dibahagian bawah pusat kearah belakang badan. Jika ia baik maka baiklah seluruh badan dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh badan.
DALAM perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai ‘ibu pada segala cecair di dalam badan’ dan daripada situ, wujudlah pula ‘Yin dan Yang’ Manakala perubatan barat pula mengistilahkan fungsi buah pinggang sama seperti Cina cuma ia lebih khusus lagi.
Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang baik diserap kedalam darah dan bahan yang tidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.
Bagaimana Buah Pinggang Bekerja ?
Kedua-dua buah pinggang terletak atas sedikit daripada pinggang di belakang rongga abdomen. Arteri renal membawa darah daripada jantung ke buah pinggang. Satu tiub disebut ureter mengalirkan darah daripada setiap buah pinggang ke pundi-pundi. Setiap buah pinggang mengandungi lebih sejuta struktur berbentuk bola kecil dinamakanglomeruli. Glomeruli terletak di cortex atau bahagian luar buah pinggang. Fungsinya ialah menapis cecair mengandungi glukos, asid amino, garam dan bahan kotoran daripada darah.
Buah pinggang berupaya melakukan proses ini kerana darah daripada arteri renal memasuki buah pinggang dengan tekanan yang kuat. Tekanan ini memaksa cecair tadi ke medulla melalui heberapa tiub kecil. Tiub ini dikelilingi oleh saluran darah yang meresapkan zat dan air yang diperlukan tubuh. Darah yang ditapis tadi kemudian ke luar daripada buah pinggang melalui saluran renal dan membuat pusingan semula. Cecair yang ditapis ini mengandungi bahan kotoran yang terkumpul di dalam pundi-pundi kencing. Air kencing keluar daripada tubuh melalui satu lagi saluran yang dinamakan urethra. Kesemua sistem daripada buah pinggang ke urethra dikenali sebagai sistem buah pinggang.
Selain membersihkan darah, buah pinggang mengawal kandungan air dan garam yang terdapat di dalamnya. Umpamanya jika anda minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing. Sama juga jika anda banyak berpeluh, tubuh kekurangan air dan air kencing berwarna pekat sehinggalah buah pinggang mengumpul jumlah air yang cukup.
Sistem buah pinggang yang sihat tidak mengandungi organisme mikro tan air kencing yang melaluinya telah dengan sendirinya disteril. Bagaimanapun, sistem ini boleh mendapat jangkitan jika bakteria di luar tubuh memasuki urethra dan sampai ke pundi-pundi kencing. Bakteria ini boleh merebak dan mungkin berjangkit pada buah pinggang, menyebabkan keradangan yang dinamakan pyelonephritis. Ini biasanya berlaku apabila aliran biasa air kencing tersekat. Bakteria terus membiak di dalam air kencing yang terkumpul.
Adakalanya perkara ini terjadi tanpa diketahui sebabnya. Orang yang sihat pun boleh mendapatnya. Wanita lebih mudah mendapat jangkitan kerana urethranya pendek menyebabkan Bakteria mudah memasuki buah pinggang. Kebanyakan kita membuang air kecil empat atau enam kali sehari. Jika lebih daripada itu, ini mungkin disebabkan oleh rasa cemas, jangkitan atau sesuatu yang berpunca daripada penyakit. Buat pemeriksaan doktor jika anda menghadapi masalah ini.
Anda juga patut membuat pemeriksaan jika pengeluaran air kencing anda berkurangan. Ini mungkin disebabkan kekurangan air – dehidrasi (umpamanya selepas muntah-muntah atau cirit-birit) tetapi ini juga mungkin menjadi tanda akan kerosakan buah pinggang atau tersumbat.
Batu Karang 
Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan ‘batu’. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic – sakit teruk di sekeliling buah pinggang hhingga ke bahagian kelengkang.
Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan. Buah pinggang gagal berfungsi
1_90
Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan tidak diperlukan. Buah pinggang termasuk dalam kumpulan ‘organ utama’ (seperti jantung, otak dan paru-paru).
Buah pinggang boleh rosak kerana beberapa penyakit. Antaranya ialah – :
1. Keturunan
2. Jangkitan
3. Kerosakan disebabkan penyakit seperti darah tinggi
4. Diabetes mellitus
5. Mengalami penyakit-penyakit lain yang mula berjangkit ke buah pinggang
6. Mengambil terlampau banyak bahan toksid seperti berlebihan asam dari makanan berjerok, bahan-bahan racun serangga dalam sayuran atau buah-buahan, toksid bahan-bahan pengawet dalam makanan, termapau banyak memakan makanan segera dan lain- lain lagi.
7. Rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat kencing manis, ubat darah tinggi, anti-biotik, steroid, dadah dan lain-lain atau beberapa sebab yang tidak diketahui.
b) BATU KARANG DALAM HEMPEDU
Cholelithiasis atau batu karang dalam pundi hempedu semakin menular dikalangan kita kerana pemakanan yang tidak seimbang. Faktor diabetes, masalah thyroid(hypothyroidism) dan jangkitan parasit juga menjadi penyebab penyakit ini.
Jenis-jenis batu karang hempedu
Batu karang hempedu berkolesterol. 
Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
Batu karang hempedu berpigmen.
Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
Batu karang hempedu duktus primer.
Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.
batu karang hempedu
Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Hempedu
1. Sakit/kembung dibahagian kanan perut
2. Rasa sakit bila ditekan pada tepi ulu hati
3. Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas
4. Rasa loya & muntah tanpa sebab
5. Badan rasa tidak bermaya
6. Kurang selera makan
7. Demam
* Tanda-tanda ini kerap berlaku selepas beberapa jam memakan makanan berminyak
Kesan-Kesan Batu Karang Dalam Hempedu
1. Kerosakan Hati & Pankreas
2. Hepatitis B (demam kuning)
3. Kematian
Pembedahan
Pembedahan laparoskopik kolesistektomi.
Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.
batuBatu-batu yang dikeluarkan ketika pembedahan. Ngerikan…
Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
Pembedahan terbuka.
Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.
Bukan pembedahan
Batu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan. Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:
Pil garam hempedu.
Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.
Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal).
Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.

Sumber: http://batukarang.tripod.com/ dan http://payaredan.wordpress.com & Dr. Abd. Hamid Mat Sain
Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment