Tuesday 29 November 2011

Anggur dan kelebihanya

(28) وَعِنَبًا وَقَضْبًا( and grapes and grasses)-surah 'abasa 28
        Anggur merupakan satu daripada buah yang mempunyai keajaiban rasa dan khasiat. selain daripada warnanya yang memukau setiap yang melihat,ia juga mempunyai rasa yang amat sedap. buah ini turut menjadi amalan Rasulullah kerana khasiatnya yang amat tinggi membantu menyihatkan tubuh badan.

Selain menyegarkan,buah anggur juga kaya manfaat. Nyatanya buah itu juga dapat menyembuhkan berbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, lemah jantung dan masalah kulit.
Pada tahun 1870, Dr. John Harvey Kellog, memberikan resep anggur untuk berbagai penyakit. Untuk kesembuhan, dia hanya memberikan resep makan buah anggur dengan takaran tertentu.
Menurut The George Mateljan Foundation, anggur memiliki nilai gizi yang sangat luar biasa. Tiap 100 gram anggur paling tidak 25 komponen gizi yang dibutuhkan oleh tubuh.
Kandungan mineral dalam anggur yang memiliki manfaat kesehatan bagi tubuh antara lain mangan. Zat itu sangat diperlukan tubuh dalam sintesis energi sehingga dapat membantu menjaga kestabilan gula dalam darah. Mangan juga diperlukan tubuh untuk metabolisme lemak dan pembentukan jaringan ikat dan tulang.
Anggur disebut mengandung karotenoid dan likopen yang tinggi. Kedua zat kimia tersebut dikenal luas akan kemampuannya menghambat berbagai penyakit tubuh. Kandungan antioksidan dalam anggur tersebut sudah diyakini kalangan luas sebagai pelindung sel dari radikal bebas penyebab penyakit degeneratif, seperti penyakit jantung, kanker, dan beberapa penyakit akibat penuaan.


Tiga jenis warna anggur yang paling digemari ramai iaitu anggur hitam, anggur merah, dan anggur hijau dan setiap warna anggur mempunyai khasiat yang berbeza.



Ketua Program Kualiti, Kesihatan dan Pemakanan di Scottish Crop Research Institute (SCRI), Dr Derek Stewart, mengiktiraf anggur hitam sebagai “Superfruit No.1”.

Hasil penyelidikan oleh Dr Stewart telah menemui bahawa anggur hitam mempunyai kandungan vitamin, mineral dan bahan antioksida lebih tinggi berbanding 20 buah lain yang telah diuji. 







 Anggur merah merupakan sumber antioksidan yang tinggi dan kaya dengan kalium untuk melambatkan proses penuaan. Hal ini biasa dikaitkan dengan wanita yang mahukan diri sentiasa cantik dan kekal awet muda pada usia yang meningkat.

Kandungan antioksidan dalam anggur juga mempunyai khasiat sebagai pelindung sel dari radikal bebas penyebab penyakit degeneratif, seperti penyakit jantung, kanser, dan beberapa penyakit akibat penuaan.Khasiat anggur merah juga di percayai boleh mencegah dan membantu proses penyembuhan penyakit bawaan virus seperti influenza.



Anggur hijau juga tidak kurang khasiatnya
kepada kita. anggur hijau lebih sinonim dengan di dalam proses menguruskan badan. 
Anggur hijau mempunyai banyak khasiat bagi kesehatan kerana kandungan kimia yang berada di dalamnya, salah satu di antaranya adalah flavonoid. Flavonoid merupakan senyawa fitokimia yang memberikan warna  pada buah anggur. Flavonoid dapat mencegah oksidasi LDL (kolesterol jahat) 20 kali lebih kuat daripada vitamin E, yang selama ini dikenal sebagai antioksidan alami.





Thursday 24 November 2011

kepentingan rawatan kecantikan

Kenapa perlunya Massage???
Kelebihan urutan:  sebenarnya urutan memberi banyak kelebihan pada tubuh badan kita diantaranya melancarkan peredaran darah, melangsingkan badan, mengurangkan stress dan menyegarkan badan yang kelesuan selepas penat bekerja .
Definasi  urutan: Urutan adalah salah satu rawatan yg digunakan secara meluas utk menyihatkan badan kerana cara ini telah terbukti berkesan sejak turun temurun lagi. Sehingga kini rawatan ini masih digunakan walaupun telah banyak rawatan cara moden diperkenalkan. Urutan juga terbukti boleh menghilangkan stress akibat dari tekanan kerja atau masalah peribadi. Terdapat pelbagai jenis urutan diperkenalkan di abad ini di antaranya URUTAN THAI, REFLEXSOLOGI, AROMATERAPHY dan sebagainya.
Kaedah urutan : Urutan yang dibuat haruslah mengikut kesesuaian dan keperluan badan pesakit. urutan juga tidak boleh dilakukan dengan kuat kerana ia akan menyebabkan tubuh badan pesakit lebam.TETAPI Waspada lah apabila kita mencari tukang urut, pastikan yg berpengalaman dan juga tahu ttg selok belok urutan dan permasalahan dalam badan. Ini kerana jika tidak berpengalaman atau tidak pandai berkemungkinan akan memudaratkan pesakit yang di urut.

Pedicure n manicure
Merupakan cara untuk mencantikan kuku tangan dan kaki anda dan menghilangkan sel-sel kulit2 mati. Melalui pedicure ia dapat mencegah penyakit dan ganguan pada kuku anda. Ia juga tidak terbatas kepada kuku sahaja malahan sel-sel kulit mati dibahagian bawah kaki yang agak keras dan kasar dapat dilembutkan dengan mengunakan batu kasar atau disebut batu apung.


















Facial
 Facial adalah istilah umum untuk rawatan kulit yang biasa dilakukan oleh salon-salon yang berlesen. Ia adalah rawatan yang santai dan menyeronokkan yang bertujuan untuk memperbaiki dan meremajakan kulit. Muka membolehkan anda untuk mengekalkan kulit yang sihat dan muda.

Manfaat daripada wajah

* Melambatkan penuaan pramatang
* Menghilangkan kotoran
* Melegakan saraf dan otot
* Melancarkan peredaran darah
* Merangsang fungsi kulit
* Melembutkan kedutan
* Penglupasan
* Membersihkan kulit secara mendalam

Monday 21 November 2011

Kuku dan Kesihatan


No.

Analisis Telapak Tangan

Penampakan

Indikasi/Gejala Penyakit
1.Kuku Semua JariGaris-garis vertikal sejajar di ibu jari1. Asam urat (uric acid)
2. Tumpukan Toksin di hati
3. Metabolisme tidak baik
4. Depresi (Stress)
  Bintik-bintik merah atau hitam5. Peredaran darah tidak lancar
  Kuku agak kemerah-2an (pink).6. Gejala Seseorang mudah bingung.
  Tidak segera memerah setelah ditekan7. Peredaran darah tidak lancar
8. Darah rendah
9. Terdapat organ kurang sehat
  Garis-garis vertikal di kuku jari tengah10. Masalah Lever dan Ginjal
  Garis-garis horizontal/mendatar11. Gangguan pencernaan (hati, usus dan lambung
  Kuku masuk ke dalam daging12. Kurang sehat; kurang sayur; terlalu banyak makan daging
  Bergelombang13. Masalah Jantung dan hati
  Bergelombang; strik (bergaris-2) dan telapak tangan keras/ terdapat benjolan14. Menandakan keracunan / toksid heavy metal (logam berat).
  Bulan sabit di beberapa/semua kuku atau tidak ada bln sabit15. Inbalance hormone. Normal bulan sabit hanya ada di kuku ibu jari saja.
  Bulan Sabit di kuku Kelingking; Warna Merah Muda16. Masalah Jantung
  Bulan Sabit di kuku ibu Jari; Warna Merah Muda17. Peredaran darah Pankreas Kurang baik
  Bulan Sabit di Telunjuk; Warna Merah Muda18. Usus dan Lambung lemah
  Bulan Sabit di Jari Tengah; Warna Merah Muda19. Mudah gelisah; tidur tak nyenyak; banyak mimpi; sering pusing; Saraf lemah; sulit berfikir; peredaran darah di otak tak lancar.
  Bulan Sabit di Jari Manis; Warna Merah Muda20. Datang Bulan tak lancar; daya tahan lemah
2.Semua JariUjung-ujung Ruas Pertama Berwarna Merah (lebih merah dari pada ruas di bawahnya/ ruas ke-2 dan ke-3)1. Kadar Kolesterol; Semakin merah semakin tinggi kadar kolesterolnya.
  Terasa sakit di tiga jari (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)2. Masalah Ginjal
3. Mata Kaki Bengkak atau mata berglambir = ada masalah ginjal dan Jantung
  Punggung jari-jari pas di bawah kuku, terlihat hitam / gelap.4. Tanda kadar gula yang tinggi, (semakin gelap semakin tinggi ).
  Ruas ujung jari-jari bengkok ke dalam5. Masalah batu karang/ginjal dan gout/asam urat.

Sunday 20 November 2011

vitamin C


FUNGSI
Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat.  Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine.  Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti. Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demekian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" . Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar. 

SUMBER
Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C , ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan. Agak malang, kebanyakkan vitamin C yang diperolehi daripada makanan hilang dalam air kencing. Vitamin C diperolehi daripada buah beri, buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau. Sumber yang baik termasuk asparagus, avocado,  black currants, kobis bunga,  anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau,  nenas,  bayam, strawberri, tomato, dan selada air. 

KEKURANGAN
Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan :
Lemah badan.
Sakit-sakit dan sengal badan.
Bengkak gusi.
Hidung berdarah.
Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
Anemia

sumber : 
http://moodpro.tripod.com/infoubat/vit_C.htm

Saturday 19 November 2011

KULIT YANG SIHAT DAN CANTIK

Apakah itu struktur kulit?
Kulit terbentuk daripada 3 lapisan.
  • Lapisan pertama dipanggil epidermis yang terbentuk daripada keratin yang kerasanatomi skin
  • Lapisan ke dua dipanggil dermis
    • Ia mengandungi collagenfibroblast dan elastic fibers
    • Ia dipenuhi dengan hujung saraf dan salur darah, dan ini menyuburkan epidermis
    • Ia mengandungi kelenjar minyak (sebaceous glands) dan kelenjar peluh. Kelenjar minyak menghasilkan sebum iaitu sejenis bahan yang berminyak
  • Lapisan ketiga (terdalam) terdiri daripada sel-sel lemak yang merupakan tisu di bawah kulit subcutaneous tissues
Apakah fungsi kulit?
Kulit berfungsi sebagai penghalang untuk mempertahankan:
  • Kemasukan bahan berbahaya dan mikro organisma
  • Melindungi organ dalaman daripada kecederaan
  • Mengawal suhu badan melalui perpeluhan
Apa akan terjadi kepada kulit bila akil baligh?
Perubahan kulit secara fisiologi berlaku semasa remaja:
  • Hormon merangsang kelenjar minyak untuk menjadi aktif
    • Ini menyebabkan penghasilan sebum bertambah terutama bagi remaja lelaki
    • Hasilnya, muka dan rambut menjadi amat berminyak dan muka berjerawat
  • Kelenjar peluh (apocrine glands) mula dikeluarkan semasa akil baligh. Kelenjar ini terletak di ketiak dan kawasan kemaluan
  • Peluh daripada kelenjar ini akan bergabung dengan bakteria di bahagian permukaan kulit dan menghasilkan bau badan

Apakah kulit yang sihat dan cantik?
Kulit yang cantik dan menjadi idaman ialah kulit yang:
  • Licin, tegang, anjal dan kemerah-merahan
  • Bebas daripada jerawat atau kulit merekah
Kulit muka yang normal adalah antara lingkungan kulit kering ke kulit berminyak.

"Kulit Yang Sihat dan Cantik"
Apakah nilai pH yang normal bagi kulit?
Nilai pH yang normal ialah 4.2 hingga 5.6. Nilai pH
  • Dikekalkan melalui pengeluaran sebum dan perpeluhan
  • Berperanan mengekalkan bahagian kulit luar dari merekah
  • Menyekat pertumbuhan bakteria
Bagaimana saya boleh menjaga kulit saya? 
Langkah-langkah untuk menjaga kulit ialah:
  • Membersihkan kulit dengan
    • Mandi 1 ke 2 kali sehari, lebih lagi sekiranya anda berpeluh dengan banyak
    • Sabun tidak memudaratkan tetapi penggunaan secara berlebihan boleh menyebabkan kulit kering kerana ia menyingkirkan sebum
    • Penggunaan air panas boleh menyebabkan kulit kering
    • Guna sabun/pencuci yang lembut (mild) jika anda mempunyai kulit kering
    • Bagi kulit sensitif, elakkan sabun/pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit
  • Gunakan pelembap selepas mandi
    • Pelembap membantu mengekalkan kelembapan kulit
    • Minyak bayi (baby oil) boleh digunakan untuk kulit yang kering
    • Bagi kulit berminyak, tidak perlu menggunakan pelemba
  • Gunakan toner bagi menutup liang roma jika anda mempunyai kulit berminyak. Ia akan membuat kulit menjadi kering serta mengecutkannya
  • Gunakan bahan pelembap mata di sekeliling kelopak mata. Ia boleh mengurangkan keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitif
  • Salin dan pakai pakaian bersih sekerap mungkin
  • Lindungi kulit daripada cahaya matahari
    • Kulit akan menjadi rosak jika terdedah kepada cahaya matahari. Gunakan krim pelindung matahari bila perlu
    • Pelindung matahari perlu disapu semula selepas 2 hingga 3 jam selepas berenang
  • Bersenam
    • Bersenam secara berkala melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit. Ia juga mengekalkan kesihatan kulit
  • Amalkan memakan makanan
    • Seimbang iaitu mengandungi sumber protein, vitamin dan mineral
    • Sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin
  • Tidak merokok
    • Bahan-bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut
    • Boleh menyebabkan kanser
  • Banyakan meminum air kosong bagi menambah kelembapan kulit