Thursday 24 November 2011

kepentingan rawatan kecantikan

Kenapa perlunya Massage???
Kelebihan urutan:  sebenarnya urutan memberi banyak kelebihan pada tubuh badan kita diantaranya melancarkan peredaran darah, melangsingkan badan, mengurangkan stress dan menyegarkan badan yang kelesuan selepas penat bekerja .
Definasi  urutan: Urutan adalah salah satu rawatan yg digunakan secara meluas utk menyihatkan badan kerana cara ini telah terbukti berkesan sejak turun temurun lagi. Sehingga kini rawatan ini masih digunakan walaupun telah banyak rawatan cara moden diperkenalkan. Urutan juga terbukti boleh menghilangkan stress akibat dari tekanan kerja atau masalah peribadi. Terdapat pelbagai jenis urutan diperkenalkan di abad ini di antaranya URUTAN THAI, REFLEXSOLOGI, AROMATERAPHY dan sebagainya.
Kaedah urutan : Urutan yang dibuat haruslah mengikut kesesuaian dan keperluan badan pesakit. urutan juga tidak boleh dilakukan dengan kuat kerana ia akan menyebabkan tubuh badan pesakit lebam.TETAPI Waspada lah apabila kita mencari tukang urut, pastikan yg berpengalaman dan juga tahu ttg selok belok urutan dan permasalahan dalam badan. Ini kerana jika tidak berpengalaman atau tidak pandai berkemungkinan akan memudaratkan pesakit yang di urut.

Pedicure n manicure
Merupakan cara untuk mencantikan kuku tangan dan kaki anda dan menghilangkan sel-sel kulit2 mati. Melalui pedicure ia dapat mencegah penyakit dan ganguan pada kuku anda. Ia juga tidak terbatas kepada kuku sahaja malahan sel-sel kulit mati dibahagian bawah kaki yang agak keras dan kasar dapat dilembutkan dengan mengunakan batu kasar atau disebut batu apung.


















Facial
 Facial adalah istilah umum untuk rawatan kulit yang biasa dilakukan oleh salon-salon yang berlesen. Ia adalah rawatan yang santai dan menyeronokkan yang bertujuan untuk memperbaiki dan meremajakan kulit. Muka membolehkan anda untuk mengekalkan kulit yang sihat dan muda.

Manfaat daripada wajah

* Melambatkan penuaan pramatang
* Menghilangkan kotoran
* Melegakan saraf dan otot
* Melancarkan peredaran darah
* Merangsang fungsi kulit
* Melembutkan kedutan
* Penglupasan
* Membersihkan kulit secara mendalam

No comments:

Post a Comment