Monday, 26 December 2011

BMI ?


BMI (Body Mass Index) atau Indeks Jisim Tubuh merupakan satu piawai pengukuran bagi menentukan berat badan yang unggul. Secara amnya, seseorang yang tergolong dalam kategori terlalu gemuk atau obes akan mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung,darah tinggi dan kencing manis. Berat badan unggul akan membuat anda kelihatan segak,rasa sihat dan bertenaga.

Timbanglah berat badan anda sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Ingat : Julat sihat ialah 20 hingga 25. Pengiraan BMI hanya diterima pakai jika anda berumur antara 18 hingga 64 tahun .Ini adalah kerana golongan dewasa mempunyai saiz dan komposisi yang lebih stab
Status berat seseorang boleh ditentukan dengan menggunakan pengukuran Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index) ataupun BMI. Cara pengiraan BMI :

  

BMI    =                          Berat (kg)
                            ______________________ 

                              Tinggi (m) x Tinggi (m)





Klasifikasi berat dengan pengukuran BMI :   

Kurang berat :  BMI kurang dari 20

Normal (berat badan unggul) : BMI antara 20 – 24.9

Berat badan berlebihan  : BMI melebihi 25.0

Pra-obes :  BMI 25.0 hingga 29.9

Obes Kelas 1 :  BMI 30.0 hingga 34.9

Obes Kelas 2 : BMI  35.0 hingga 39.9

Obes Kelas 3 : BMI melebihi 40.0

Thursday, 22 December 2011

khasiat tembikai

Khasiat makanan
  • ·         Bijinya boleh dimakan sebagai kacang panggang.
  • ·         Buahnya dimakan mentah atau dibuat jus buah-buahan.

Khasiat perubatan
  • ·         Akarnya dicampur dengan kunyit & hancurkan serta dicampur dengan sedikit cuka untuk mengubati sakit rheumatism.
  • ·          Bijnya pula boleh dipecahkan, kemudian direbus lalu diminum. Ini bagi membantu pelawasan buang air kecil, merawat bengkak, masalah sistem pernafasan dan membantu penghadaman.
  • ·         Bijinya yang segar dihancurkan dan cecairnya diperah. Kemudian ditelan untuk mengatasi masalah cacing di dalam perut.
  • ·         Biji atau kulit buah boleh dikeringkan, dipanggang dan dihancurkan sehingga menjadi serbuk. Campurkan dengan air dan ditelan bagi rawatan sakit di bahagian salur kencing.
  • ·         Isi atau jusnya kalau diminum dapat melawaskan buang air kecil, mengeluarkan angin daripada perut dan usus, mengurangkan masalah bronchitis, ubat beri-beri, bengkak pundi kencing, sakit kerongkong, sakit mulut, ketagih arak, demam kuning, masalah ginjal dan bengkak dalam sistem pernafasan.
  • ·         Jika sakit kepala, ikat kulitnya pada kepala.
  • ·         Kulit buah dihancurkan dan dijadikan ubat pupuk untuk merawat masalah hati.
  • ·         Daunnya boleh direndam dan diminum untuk merawat penyakit malaria.

Wednesday, 21 December 2011

One Item, Four Ways: Statement Necklace

Outfit 1: Catching Up with Friends


This outfit is perfect for a low-key gathering with some of your high school friends. You want to be comfortable as you’re catching up on each other’s lives, and this legging, striped tunic shirt, and drapey cardigan combo will do the trick. A statement necklace adds just the right amount of glamour to the look.

Outfit 2: Last-Minute Shopping


If you’re anything like me, you left some (or maybe all!) of your holiday shopping until the last minute. It can be tempting to wear leggings and a cozy school hoodie to the mall, but you never know who you’re going to run into while you’re out and about in your hometown.
Put your best foot forward and stay comfortable by pairing black skinnies with a chambray top. A statement necklace keeps the look from being too simple, and flat boots will make it easy for you to shop til you drop.

Outfit 3: Grandma-Approved


A statement necklace adds the perfect finishing touch to an otherwise simple outfit. Jazz up an all-black ensemble with some metallic touches and, of course, a statement necklace. This look would be perfect for church, synagogue, or any other occasion where you need to dress up but stay covered up: a statement necklace allows you to express your personal style while keeping your outfit on the conservative side.

Outfit 4: Spring-ing Forward


I say it’s never to early to start planning for spring fashions, and one of the best things about statement necklaces is that they work in all seasons! Wear one now when it’s cold outside, and rock it again in warmer weather. When paired with a bright-colored v-neck, simple jeans and sandals, and a neutral bag, a statement necklace is the only accessory you need.

Bergaya bak selebriti


Idea & tip wanita untuk tampil menyerlah

PESONA selebriti tatkala menggayakan fesyen sering menjadi rujukan peminat dan pemerhati fesyen untuk tampil gaya serupa. Sama ada melangkah anggun di hamparan karpet merah, muncul di majlis anugerah atau sekadar bergaya santai hujung minggu, ada aura yang meletakkan penampilan selebriti cukup memikat pandangan.

Tidak hanya menyarungkan helaian jenama mewah dan label fesyen kelas A antarabangsa, ada juga selebriti terkenal Hollywood yang dilihat memilih pakaian yang dijual longgok dan murah selepas harga diskaun. Pendek kata, sesiapa saja boleh bergaya dan kelihatan hebat asalkan bijak menyuai padan gaya mengikut keadaan dan acara.
 

senarai dibawah ialah idea serta tip untuk wanita tampil menyerlah bak selebriti terkenal dengan mengambil kira faktor kemampuan, realistik dalam kuasa beli serta penggayaan yang sesuai dengan keadaan semasa.

Apa yang paling penting, kenal pasti kekuatan diri terutama kuasa tubuh sebelum cuba untuk menyarungkan sesuatu gaya. Tidak semestinya jenama mewah sebagai jambatan untuk andai kelihatan bergaya dan tidak pula barangan bundle gagal menyerlahkan penampilan.

Pucuk pangkal, teknik suai padan dan ditambahkan pula dengan idea memadankan aksesori sebagai kekuatan utama untuk menambah pesona peribadi.
 

Berikut adalah empat tip selebriti bermain dengan ‘fantasi’ untuk mencipta gaya tersendiri dalam bergaya. Walaupun tidaklah sempurna sepenuhnya bak gaya selebriti, sekurang-kurangnya kunci utama dalam memilih gaya yang sebenar dapat dipelajari. Selamat bergaya!

1. Gayakan aksesori


RASANYA semua wanita memiliki aksesori sekurang-kurangnya subang, rantai dan gelang. Jangan biar tersimpan cantik di rak solek, sebaliknya selalulah gayakan aksesori dan suai padan dengan pakaian harian.
 

Untuk menjadikan anda lebih menonjol, cuba gayakan aksesori ini lebih daripada biasa. Sebagai contoh, jika anda menggayakan satu pin atau satu set rantai, gayakan lebih terutama rantai labuh yang berjurai untuk menampakkan penampilan lebih glamor.

Selebriti selalunya cuba memastikan penampilan mereka lebih berbanding orang lain, terutama dalam soal aksesori seperti rantai, selendang, cermin mata hitam, tas tangan hinggalah penyepit rambut.

Tidak sukar untuk kelihatan ‘meriah’ seperti selebriti, berkunjung saja ke bazar hujung minggu yang menjual pelbagai item aksesori berwarna-warni. Usah takut atau gusar untuk mencuba. Kunci katanya, jangan malu!

2. Teknik suai padan


WALAUPUN kita menganggap agak janggal jika skinny jeans digandingkan dengan dress pendek, tetapi selebriti Hollywood tidak berpandangan sama. Semahunya, gaya suai padan harus dicuba dengan keyakinan fesyen itu tetap diterima umum. Jangan rasa rendah diri atau teragak-agak untuk mencuba teknik suai padan kerana sesetengah gaya akan menampakkan diri anda lebih menonjol.

Lihat beberapa paparan contoh selebriti yang mengulang tayang item pakaian dengan koleksi lain sekali gus menyaksikan idea berbeza dan nampak cukup elegan. Nicole Richie contohnya kelihatan cukup menarik apabila tampil dalam tiga gaya berbeza melalui seluar skinny yang jelas menampakkan cita rasa fesyen yang cukup tinggi.

Selak juga helaian pakaian dalam almari dan cuba bahagikan helaian koleksi sedia ada dengan item tambahan. Selain gabungan warna yang kontras, lakukan juga eksperimen dengan koleksi baru dan lama.

3. Jangan tinggalkan beg tangan


BAK perisai diri wanita, tas tangan dilihat sebagai titik tumpuan dalam bergaya persis selebriti. Untuk sentiasa kelihatan ‘up to date’, dapatkan beg tangan mengikut musim terbaru di pasaran.

Sama ada rekaan beg berpotongan tote, hobo atau satchel, idea menggayakan tas tangan juga harus diteliti sebaik mungkin. Sebagaimana dalam penampilan selebriti, mereka lazimnya tidak takut bermain dengan warna dalam pemilihan beg tangan. Pada masa yang sama, corak, potongan beg besar dan aksesori pada beg antara yang menambah tarikan penampilan.

Dalam hal ini, jelas menyaksikan bahawa beg tangan sebagai tarikan utama dan jalan selamat untuk memastikan gaya bak bintang kekal dalam diri pemuja selebriti.

4. Jadikan penampilan selesa


JADILAH juara dalam bergaya! Tidak semestinya perlu bergelar pereka fesyen semata-mata untuk mencipta pakaian. Sebaliknya, idea dan cita rasa anda boleh dimanfaatkan untuk mencipta helaian pakaian mengikut potongan badan sendiri.

Pilihlah tukang jahit kegemaran untuk merealisasikan impian memiliki pakaian yang benar-benar cocok untuk penampilan diri. Percayalah, dengan sedikit usaha dan kreativiti anda mampu bergaya persis selebriti terkenal antarabangsa!


Sumber: http://www.bharian.com.my/articles/2011091708130320110917081303/Article/print_html

Tuesday, 20 December 2011

Masalah kulit dan rambut dan jenis makanan kawalan

Masalah
Mata sembab
Kedutan
Bagus
 ü  Asparagus
 ü  Daun parsli
 ü  Pisang
 ü  Buah citrus
 ü  Cili besar

ü  Buah epal
ü  Makanan laut yang berwarna oren . contohnya udang dan salmon
ü  Buah beri
ü  Buah avokado
Elakan 
    ×        Garam
    ×        Ibu roti
    ×        Makanan yang dibakar
    ×        Alcohol
×        Makanan yang tinggi dengan zat besi
×        Terlalu terdedah kepada cahaya matahari

Masalah
Kulit kering
Kulit kusam
Bagus
 ü  Buah epal
 ü  Buah avocado
 ü  Buah beri
 ü  Makanan laut yang berwarna oren
ü  Sayur dan buah yang berwarna oren
ü  Kacang soya
ü  Keladi
ü  Buah beri
Elakan
    ×        Kopi dan the hitam
    ×        Majerin dan makanan yang bergoreng
×        Mengambil herba termasuklah bawang dan bawang putih
×        Gula
×        Kafien
×        Makanan bergoreng

Masalah
Jerawat
Bintik hitam
Bagus
 ü  Buah atau sayur yang mempunyai warna merah dan oren pekat
 ü  Sayur-sayuran berdaun hijau
 ü  Minum air putih
 ü  Minyak ikan

ü  Coklat hitam
ü  Brokoli
ü  Teh hijau
ü  Buah delima

Elakan
    ×        Produk tenusu
    ×        Minuman berkafein
    ×        Minuman soda
    ×        Makanan berminyak, bergula tinggi dan berlemak
×        Makanan yang diproses
×        Alcohol


Masalah
Rambut nipis
Rasacea
Bagus
 ü  Makanan yang kaya dengan biotin
 ü  Kekacang
 ü  Telur
 ü  Minyak zaitun

ü  Makanan yang menenangkan. Contohnya ikan dan timun
ü  Perasa kunyit
ü  Ikan salmon
Elakan
    ×        Suplemen yang kaya dengan 
      vitamin A
    ×        Alkohol
×        Makanan yang pedas
×        Minuman berkafein
×        Alcohol
×        Coklat
×        Pisang





























sumber: majalah rapi

Monday, 19 December 2011

6 Tips penjagaan wajah

1. Minum air kosong sebanyak 8 - 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit.


2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih. Kotoran dan bakteria yang tak dibersihkan boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.


3. Jangan lupa juga cuci muka anda sebelum beriadah ataupun bersenam. Ini adalah kerana apabila kita berpeluh, ia akan mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terkumpul.


4. Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap.


5. Pastikan anda melindungi kulit daripada sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.


6. Akhir sekali, jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologis. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat.