Sunday, 18 December 2011

tips timbang berat badan

1. Timbang berat anda dengan berpakaian lengkap selepas anda makan malam dan timbang semula pada awal pagi keesokan hari tanpa berpakaian dan sebelum makan pagi. Anda pasti akan merasa gembira apabila mendapati berat badan anda telah berkurangan dalam tempoh semalaman..


2. Jangan sesekali menimbang berat badan dengan rambut yang basah.


3. Semasa menimbang, tanggalkan segala pakaian, termasuklah cermin mata. Jangan lupa untuk menanggalkan barang kemas terutamanya yang diperbuat daripada logam.


4. Belilah penimbang yang murah. Penimbang yang mahal sangat tepat dan akan menyebabkan anda merasa lebih tertekan.


5. Pastikan anda pergi ke tandas terlebih dahulu.


6. Timbang berat badan anda selepas memotong rambut. Berat anda mungkin akan berkurangan sehingga setengah kilo.


7. Hembus nafas sebelum menimbang sbb berat udara boleh memberi kesan kepada berat badan sebenar anda


10 tips paling mudah untuk kekal langsing

1. Hidangan Utama

    • elakan dari menyekat diri anda daripada menikmati hidangan utama setiap hari. Tabiat ini hanya akan membuatkan diri anda berasa lapar dan akan mengambil kuantiti makanan yang banyak untuk mengisi perut
2. Suplemen atau Pil kurus

    • tidak salah kiranya anda memilih untuk cuba mengamalkan suplemen atau pil yang boleh membantu menyerap lemak makanan yang diambil. Cubalah agar anda boleh terus menikmati makanan kegemaran tanpa perlu risau akan lemak yang masuk kedalam tubuh.
3. Senaman

·        senaman penting dalam mengekalkan stamina dan kesihatan badan. Jadi peruntukan sekurang-kurangnya setengah jam untuk berjoging  di sekitar kawasan kediaman

4. Diari

·        simpanlah sebuah diari pemakanan anda sendiri yang mencatakan makanan bersertajumlah kalori yang anda ambil setiap hari. Ini membantu anda memantau atau menilai sendiri apakah makanan yang perlu dikurangkan atau ditambah dalam hidangan harian anda.

5. Matlamat

·        tetapkan matlamat yang munasabah yang mampu anda capai. Misalnya, sekiranya anda ingin menurukan berat badan, tetapkan jumlah berat badan yang ingin dikurangkansecara sederhana mengikut kemampuan anda. Sekiranya tidak, anda mungkin akan berasa kecewa kerana tidak Berjaya mencapai berat badan yang diinginkan dalam masa yang singkat.

6. Berfikiran +ve

·        sentiasa berfikiran positive sepanjang usaha anda ingin menurukan berat badan. Paling tidak, wujudkan rasa bangga dengan usaha anda itu. Sebenarnya anda tidak perlu perubahan drastic untuk menyedari hasil usaha anda itu.

7. Baca label

·        kini terdapat banyak makanan yang dijual dengan label bebas lemak (fat-free). Pun begitu, berhati-hatilah kerana biasanya gula akan dijadikan penganti lemak tersebut. Untuk itu, periksalah terlebih dahulu maklumat nutrisi yang tercatat pada bungkusan makanan yang ingin dibeli.

8. Makan dengan kerap

·        amalan memakan dengan kerap tetapi kuantiti yang kecil adalah sangat baik diikuti. Bukan sahaja dapat menghalang anda daripada berasa lapar seterusnya makan dalam kuantiti yang banyak, tetapi ia juga mampu mengekalkan metabolism dan mengoptimakan tenaga dalam badan.

9. Timbang berat 

·        timbanglah berat badan anda sekali setiap minggu. Mereka yang menimbang berat badan dengan lebih kerap biasanya akan mendapati diri mereka lebihterpengaruh dan peka dengan perubahan terhadap badan mereka. Ini seterusnya akan membuatkan anda pantas mengambil lengkah berkesan untuk mendapatkan berat badan idaman

10. Tidur cukup

·        tidur yang cukup iaitu 7 hingga 8 jam pada waktu malam dapat membuatkan anda berasa segar apabila bangun pada keesokan harinya. Anda juga akan dapat berhadapan dengan pelbagai masalah yang timbul selain mampu mengekalkan gaya hidup sihat.

Monday, 12 December 2011

indahnya hari ini....

salam n morning...pagi2 yang segar bugar ditambah pulak dengan kesejukan air cond menambahkan mood tuk tidokan kan?kan?...hurmmm...bangun semua!selamat pagi cikgu..huhu (macam dak sekolah lak kan)ruginya kalau kita isikan waktu pagi kita dengan tido sahaja...dahla jap je waktu pagi tu berlalu...tapi nak wat cam na kan kekadang kita rasa letih n penat plus malas nak wat keja..rasa cam tenaga kita diserap oleh rasaksa gordon pulak..huhu..meh nak bagi tips indahkan harimu sekaligus menambahkan semangat dan tenaga anda...n harus la aktiviti bermula pagi-pagi lagi sesudah subuh..hehe..

1. Sarapan


  • rutin penting diikuti pada permulaan hari bagi menempuh aktiviti yang seterusnya. Jadi pilihlah makanan yang kaya dengan serat sebagai pembuka hari. 
  • menurut penyelidikan yang dilakukan oleh Cardif University, seseorang yang bersarapan dengan makanan berserat mampu mengelakan tekanan sehingga 10%. ini kerana serat membantu penyerapan makanan dalam sistem pencernaan, gula darah dan tenaga tetap stabil


2. Makan lebih kerap


  • agar anda tidak kehabisan tenaga, cuba terapkan pola makan sebanyak 3 kali makan dan 2 kali kudapan. sekurang-kurangnya anda akan makan setiap 3 atau 4 jam.
  • selain itu pastikan anda mengambil menu yang mengandungi karbohidrat dan protien agar perut tetap rata dan tidak buncit


3. Tanaman Atas Meja


  • warna hijau pada daun dan warna cerah pada bunga akan membuatkan mata anda kelihatan segar
  • penelitian membuktikan  pekerja yang mempunyai tanaman pada ruang kerja akan lebih kreatif berbanding dengan pekerja yang meletakan kertas-kertas kerja yang berlambak diatas meja.


4. Jangan Lupa Air Putih


  • sebahagian besar mereka yang merasa cepat letih akan mengalami dehidrasi. Jadi, cara yang paling mudah dan murah untuk mengelakan anda letih adalah dengan terhidrasi ( Woodson Merrel, Pengarah Eksekutif Continuum Center For Health and Healing)
  • menurut kajian lain membuktikan bahawa 92% para atlit yang tidak diberikan minum selama 15jam akan merasa keletihan dan mudah marah. Mereka juga akan sukar memberi tumpuan ketika sesi latihan.
  • minum air setiap 1 atau 2 jam sekali agar badan terhidrasi dengan baik.

5. Berjalan Selama 10 minit


  • menurut American Heart Association mengatakan berjalan cepat selama seminggu atau 10 minit setiap hari akan menambahkan tenaga anda sebanyak 18% lebih banyak berbanding tidak berjalan kaki.
  • berjalan juga dapat membantu membentuk postur badan anda lebih baik, meningkatkan keyakinan diri, menjadi  anda lebih fokus dan mengurangkan risiko mengalami migrain.

sumber: majalah rapi

Sunday, 11 December 2011

Tanda-tanda keracunan vitamin

Kadang- kadang orang masih terus mengambil suplemen vitamin meskipun keperluan vitamin dalam tubuhnya telah dipenuhi. Ini menyebabkan terjadinya situasi overdos vitamin. Apakah tanda-tanda overdos vitamin?

Vitamin adalah nutrisi yang diperlukan dalam jumlah yang tertentu oleh tubuh manusia untuk menjalankan fungsi tertentu. Namun, jika vitamin dalam tubuh melebihi keperluan ia akan menimbulkan efek sampingan yang buruk.

Vitamin boleh diklasifikasikan kepada dua, iaitu
·         larut dalam air (vitamin b dan c) 
·         larut dalam lemak (vitamin a, d, e dan k).
Semua vitamin diperoleh dari sumber tumbuhan dan haiwan, atau keduanya. Kekurangan vitamin dalam tubuh akan menimbulkan suatu kondisi yang dikenal sebagai defisiensi vitamin (kekurangan vitamin).

Beberapa penyakit dari defisiensi vitamin menunjukkan kondisi medik  yang cukup parah, oleh itu semua orang disarankan untuk melakukan diet seimbang untuk mencegah kondisi ini. Terdapat juga suplemen vitamin yang dapat membantu memenuhi keperluan vitamin dalam tubuh.

Kondisi overdos vitamin terjadi jika ada kelebihan pengambilan salah satu vitamin. Kondisi ini juga dikenal sebagai keracunan vitamin, kerana kelebihan vitamin dalam tubuh menimbulkan beberapa efek samping.

Overdos vitamin yang larut dalam lemak menimbulkan efek samping yang lebih serius dibandingkan dengan vitamin yang larut dalam air.Hal ini kerana, kelebihan vitamin yang larut dalam air boleh diatasi dengan minum banyak air dan mengeluarkannya dari tubuh melalui urin. Ini bertentangan dengan vitamin yang larut dalam lemak. Senarai dibawah vitamins-nutrition.org, gejala-gejala overdos atau keracunan vitamin tergantung pada jumlah vitamin yang berlebih.

Overdos Vitamin A
vitamin a adalah vitamin larut dalam lemak yang penting bagi penglihatan normal dan produksi sel di dalam tubuh.
Gejala overdos vitamin a:
1. Penglihatan kabur
2. Pening
3. Pitam
4. Haid tidak teratur
5. Mual
6. Insomnia
7. Diare
8. Ruam kulit
9. Sakit sendi
10. Sakit kepala

Overdos Vitamin B
vitamin b, juga dikenal sebagai b kompleks, adalah satu set vitamin b1 (thiamin), b2 (riboflavin), b3 (niacin), b6 (pyridoxine), b9 (asam folat), dan b12 (cobalamin).
Gejala overdos vitamin b:
1. Sukar bernafas
2. Rasa ngeri dengan sensai terbakar
3. Kebas di kaki dan tangan
4. Kehilangan koordinasi otot
5. Sakit kepala
6. Depresi
7. Lumpuh

Overdos Vitamin C
vitamin c atau asam askorbat sangat penting untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan juga untuk menyembuhkan luka dengan cepat.
Gejala overdos vitamin c:
1. Serawan (ulser mulut)
2. Batu ginjal
3. Diare
4. Sakit perut
5. Badan panas
6. Insomnia

Overdos Vitamin D
vitamin d atau calciferol diperlukan untuk penyerapan kalsium serta pertumbuhan dan pemeliharaan tulang dalam tubuh.
Gejala overdos vitamin d:
1. Lemah otot
2. Sakit kepala
3. Masalah pendengaran
4. hilangan nafsu makan
5. Mual
6. lelah
7. Muntah
8. Ngeri tulang

Overdos Vitamin E
vitamin e merupakan antioksidan penting yang juga diperlukan untuk reproduksi normal pada manusia.
Gejala overdos vitamin e adalah:
1. Hipertensi
2. Lemah otot
3. Lelah
4. Memlambatkan proses penyembuhan luka

Overdos Vitamin K
vitamin k merupakan vitamin penting yang diperlukan oleh tubuh kerana membantu dalam penggumpalan darah.
Gejala overdos vitamin k meliputi:
1. Mual
2. Muntah
3. Anemia
4. Diare
5. Ruam kulit


Langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku gejala-gejala di atas

1. Segera hentikan pengambilan suplemen vitamin untuk merawati overdos vitamin.

2. Sebaiknya anda dinasihatkan berjumpa  dengan doktor untuk merawat masalah overdos vitamin. Ini adalah kerana sebahagian besar gejalanya adalah seperti gejala penyakit yang lain, jadi adalah penting untuk diperiksa dengan baik.

3. Doktor mungkin menyarankan untuk menghindari anda dari makan makanan yang tinggi kadar vitamin tersebut.

4. Doktor mungkin meberikan beberapa jenis ubat yang dapat membantu dalam mengubati gejala overdos vitamin.

Gejala overdos vitamin dapat diubati jika anda merawatnya pada jangka masa yang betul dan kaedah rawatan yang tepat. Sebagai tindakan pencegahan, anda perlu memeriksa label multivitamin dan suplemen untuk pengunaan yang selamat.

Thursday, 8 December 2011

7 kunci untuk tampil yakin dan cantik

  1. Jangan keterlaluan – Kalau setakat nak keluar biasa-biasa bukan untuk pergi majlis ke apa, tak perlulah make up tebal macam nak pergi bersanding. Elakkan pakai eyeliner terlalu gelap dan tebal. Maskara pon biarlah sesuai dengan mata. Sapuan terlalu tebal akan menampakkan bulu mata bergumpal. Bedak asas pun sama, warna perlu sesuai dengan muka. Kalau tak, muka akan nampak gelap atau terlalu cerah. Sentiasa aplikasi konsep less is moresupaya muka korang kelihatan cantik semulajadi.
  2. Aplikasi lipstick dengan betul – Lipstick perlu disesuaikan dengan bentuk bibir dan warna kulit. Terlebih dahulu garis bibir dengan penggaris bibir supaya bibir terbentuk dengan sempurna dan pastikan garisan bibir tersebut tak kelihatan. Kalau nak lebih kasual, pilih pengilat bibir berwarna saja.
  3. Sesuaikan solekan dengan majlis yang dihadiri – Perlu bijak dalam mengenakan solekan supaya tak kelihatan aneh masa menghadiri majlis atau aktiviti. 
  4. Jangan ragu-ragu bersolek – Ada perempuan still ragu-ragu untuk mengenakan make up sebab takut muka nampak pelik atau keterlaluan. Ada yang dah usia dua puluh tahun pun macam takut-takut nak make up. 
  5. Mengenalpasti keseluruhan penampilan – Penting untuk kenalpasti apa yang bersesuaian dengan warna kulit, rambut atau tudung, dan juga bentuk muka serta badan. Pilih solekan yang sesuai dengan warna kulit supaya nampak semulajadi.Kenal pasti kulit berminyak atau kering. Kulit yang berminyak memerlukan korang pakai pelembap untuk mengawal pengeluaran minyak.
  6. Memilih warna rambut atau tudung yang sesuai – Sama seperti solekan, warna rambut atau tudung pun perlu disesuaikan dengan warna kulit.
  7. Sentuhan terakhir – Setelah mengenakan solekan dengan sempurna, pastikan korang sentiasa touch up supaya make up tak hilang atau pudar. Pastikan puffmenjadi teman setia dalam handbag untuk tujuan touch up. 

Punca batu karang

Terbentuk kerana tabiat pemakanan dan kurang minum air

ZAMAN berubah, tetapi ada nasihat orang tua dulu-dulu yang masih berguna. Antaranya ialah jangan suka menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan batu karang. Walaupun tiada bukti saintifik yang boleh menyokongnya, ia tidak boleh dipandang ringan kerana nasihat ini banyak manfaatnya.

Secara logiknya, apabila seseorang cuba menahan kencing, dia akan kurang minum. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang.

Masalah ini lebih ketara bagi penduduk negara yang panas seperti Malaysia, bekerja dalam persekitaran panas atau bersenam keterlaluan dan kurang minum menggantikan semula air yang hilang.

Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis.

Daripada buah pinggang, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter. Di sinilah air kencing disimpan sehingga ia dibuang daripada badan. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan magnesium.

kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan.Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera supaya kerosakan buah pinggang dapat diperlahankan dan disusuli dengan penjagaan pemakanan serta mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan batu karang berulang.

Biasanya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda dan masalah mereka dikesan secara tidak sengaja iaitu apabila menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain.

Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang, tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat.

Ini menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.

Batu karang yang kecil boleh masuk ke pundi kencing tanpa mengakibatkan kerosakan. Pergerakan batu karang ini menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang atau sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak.

Banyak faktor boleh mempengaruhi perubahan air kencing kita seperti keturunan, pemakanan, ubat, cuaca, gaya hidup dan masalah kesihatan. Semuanya memberi sumbangan tertentu kepada pembentukan batu karang.

Faktor risiko

Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:

Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air. Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.

Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.

Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.

Jenis

Batu karang ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:

> Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.

> Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.

> Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.

> Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Gejala

Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit.

> Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.

> Air kencing berdarah.

> Air kencing keruh dan berbau busuk.

> Mual dan muntah.

> Sentiasa terasa hendak kencing.

> Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).

Wednesday, 7 December 2011

Penyakit Batu Karang

Untuk pengetahuan semua penyakit batu karang ini ada dua jenis.
a) BATU KARANG DALAM GINJAL (BUAH PINGGANG)
b) BATU KARANG DALAM HEMPEDU
Baiklah tanpa membuang masa apa kata kita fahami dahulu bagaimanakah penyakit batu karang ini boleh terjadi..
a) BATU KARANG DALAM GINJAL (BUAH PINGGANG)
Apa dia Batu karang dalam Ginjal?
Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan “Buah Pinggang” terjadi daritumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalahkalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine danmagnesiam pospat ammonia.
Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar!
kidneystone
Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.
Apakah tanda-tandanya ?
Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.
Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.
Rawatan Batu Karang Dalam Ginjal
1. Peringkat Awal – Perubatan Biasa
2. Peringkat Kedua – Pembedahan / Lithotritpsy
3. Peringkat Serius – Dialisis / Pemindahan Buah Pinggang
Kesan Pemecahan Batu Karang
Bidang perubatan boleh menghancurkan batu karang, tetepi serpihannya akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat ketika hendak keluar melalui saluran kencing. Jika batu itu tersekat, pembedahan terpaksa dilakukan.
Kesan Pemindahan Buah Pinggang
Secara teori, pemindahan buah pinggang nampak mudah iaitu dengan manggantikan buah pinggang lama dengan yang baru. Namun masalah akan timbul jika tubuh pesakit tidak serasi dengan buah pinggang yang baru.
images
Buah Pinggang Sebagai Penapis
BUAH PINGGANG berbentuk seperti kacang kacang merah dibelah dua dan berada dibahagian bawah pusat kearah belakang badan. Jika ia baik maka baiklah seluruh badan dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh badan.
DALAM perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai ‘ibu pada segala cecair di dalam badan’ dan daripada situ, wujudlah pula ‘Yin dan Yang’ Manakala perubatan barat pula mengistilahkan fungsi buah pinggang sama seperti Cina cuma ia lebih khusus lagi.
Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang baik diserap kedalam darah dan bahan yang tidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.
Bagaimana Buah Pinggang Bekerja ?
Kedua-dua buah pinggang terletak atas sedikit daripada pinggang di belakang rongga abdomen. Arteri renal membawa darah daripada jantung ke buah pinggang. Satu tiub disebut ureter mengalirkan darah daripada setiap buah pinggang ke pundi-pundi. Setiap buah pinggang mengandungi lebih sejuta struktur berbentuk bola kecil dinamakanglomeruli. Glomeruli terletak di cortex atau bahagian luar buah pinggang. Fungsinya ialah menapis cecair mengandungi glukos, asid amino, garam dan bahan kotoran daripada darah.
Buah pinggang berupaya melakukan proses ini kerana darah daripada arteri renal memasuki buah pinggang dengan tekanan yang kuat. Tekanan ini memaksa cecair tadi ke medulla melalui heberapa tiub kecil. Tiub ini dikelilingi oleh saluran darah yang meresapkan zat dan air yang diperlukan tubuh. Darah yang ditapis tadi kemudian ke luar daripada buah pinggang melalui saluran renal dan membuat pusingan semula. Cecair yang ditapis ini mengandungi bahan kotoran yang terkumpul di dalam pundi-pundi kencing. Air kencing keluar daripada tubuh melalui satu lagi saluran yang dinamakan urethra. Kesemua sistem daripada buah pinggang ke urethra dikenali sebagai sistem buah pinggang.
Selain membersihkan darah, buah pinggang mengawal kandungan air dan garam yang terdapat di dalamnya. Umpamanya jika anda minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing. Sama juga jika anda banyak berpeluh, tubuh kekurangan air dan air kencing berwarna pekat sehinggalah buah pinggang mengumpul jumlah air yang cukup.
Sistem buah pinggang yang sihat tidak mengandungi organisme mikro tan air kencing yang melaluinya telah dengan sendirinya disteril. Bagaimanapun, sistem ini boleh mendapat jangkitan jika bakteria di luar tubuh memasuki urethra dan sampai ke pundi-pundi kencing. Bakteria ini boleh merebak dan mungkin berjangkit pada buah pinggang, menyebabkan keradangan yang dinamakan pyelonephritis. Ini biasanya berlaku apabila aliran biasa air kencing tersekat. Bakteria terus membiak di dalam air kencing yang terkumpul.
Adakalanya perkara ini terjadi tanpa diketahui sebabnya. Orang yang sihat pun boleh mendapatnya. Wanita lebih mudah mendapat jangkitan kerana urethranya pendek menyebabkan Bakteria mudah memasuki buah pinggang. Kebanyakan kita membuang air kecil empat atau enam kali sehari. Jika lebih daripada itu, ini mungkin disebabkan oleh rasa cemas, jangkitan atau sesuatu yang berpunca daripada penyakit. Buat pemeriksaan doktor jika anda menghadapi masalah ini.
Anda juga patut membuat pemeriksaan jika pengeluaran air kencing anda berkurangan. Ini mungkin disebabkan kekurangan air – dehidrasi (umpamanya selepas muntah-muntah atau cirit-birit) tetapi ini juga mungkin menjadi tanda akan kerosakan buah pinggang atau tersumbat.
Batu Karang 
Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan ‘batu’. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic – sakit teruk di sekeliling buah pinggang hhingga ke bahagian kelengkang.
Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan. Buah pinggang gagal berfungsi
1_90
Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan tidak diperlukan. Buah pinggang termasuk dalam kumpulan ‘organ utama’ (seperti jantung, otak dan paru-paru).
Buah pinggang boleh rosak kerana beberapa penyakit. Antaranya ialah – :
1. Keturunan
2. Jangkitan
3. Kerosakan disebabkan penyakit seperti darah tinggi
4. Diabetes mellitus
5. Mengalami penyakit-penyakit lain yang mula berjangkit ke buah pinggang
6. Mengambil terlampau banyak bahan toksid seperti berlebihan asam dari makanan berjerok, bahan-bahan racun serangga dalam sayuran atau buah-buahan, toksid bahan-bahan pengawet dalam makanan, termapau banyak memakan makanan segera dan lain- lain lagi.
7. Rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat kencing manis, ubat darah tinggi, anti-biotik, steroid, dadah dan lain-lain atau beberapa sebab yang tidak diketahui.
b) BATU KARANG DALAM HEMPEDU
Cholelithiasis atau batu karang dalam pundi hempedu semakin menular dikalangan kita kerana pemakanan yang tidak seimbang. Faktor diabetes, masalah thyroid(hypothyroidism) dan jangkitan parasit juga menjadi penyebab penyakit ini.
Jenis-jenis batu karang hempedu
Batu karang hempedu berkolesterol. 
Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
Batu karang hempedu berpigmen.
Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
Batu karang hempedu duktus primer.
Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.
batu karang hempedu
Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Hempedu
1. Sakit/kembung dibahagian kanan perut
2. Rasa sakit bila ditekan pada tepi ulu hati
3. Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas
4. Rasa loya & muntah tanpa sebab
5. Badan rasa tidak bermaya
6. Kurang selera makan
7. Demam
* Tanda-tanda ini kerap berlaku selepas beberapa jam memakan makanan berminyak
Kesan-Kesan Batu Karang Dalam Hempedu
1. Kerosakan Hati & Pankreas
2. Hepatitis B (demam kuning)
3. Kematian
Pembedahan
Pembedahan laparoskopik kolesistektomi.
Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.
batuBatu-batu yang dikeluarkan ketika pembedahan. Ngerikan…
Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
Pembedahan terbuka.
Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.
Bukan pembedahan
Batu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan. Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:
Pil garam hempedu.
Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.
Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal).
Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.

Sumber: http://batukarang.tripod.com/ dan http://payaredan.wordpress.com & Dr. Abd. Hamid Mat Sain
Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan