Sunday, 12 February 2012

14 jenis diet popular didunia

1. MENYUKAT KALORI
Ia melibatkan pengambilan makanan rendah kalori dan mengutamakan makanan yang sihat dan semulajadi

2. THE GREAT SKIN DIET
Wanita sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk menjaga kulit. Namun tidak ramai yang tahu kulit sebenarnya adalah cermin kepada tahap kesihatan dalaman tubuh anda.

3. THE MODEL DETOX DIET
Diet jenis ini bertindak mencuci toksin dan menyimpan tenaga dan kekuatan tubuh.

4. THE ACAI BERRY DIET
Diet melibatkan buah-buah beri yang dianggap 'superfood' yang membantu anda hidup dengan penuh tenaga dan keseimbangan.

5. THE APPLE CIDER VINEGAR DIET
Diet melibatkan khasiat cuka epal yang sudah lama digunakan sebagai perawat kesihatan semulajadi. Namun akhir-akhir ini kajian berjaya membuktikan ia boleh menjadi supplemen paling berkesan menurunkan berat badan.

6. ATKINS DIET
Sangat popular dikalangan lelaki dan perempuan. Diet Atkins diamalkan secara melaus dalam industri fesyen dan hiburan.

7. MENCUCI DAN BERPUASA
Mencuci atau detoksifikasi adalah teknik yang digunakan model-model peragaan dalam kerjaya mereka. Ia bukan sahaja membantu anda mudah menurunkan berat badan bahkan menambah keserian wajah. Ia membantu membersihkan organ dalaman anda dan memberikan rambut yang kuat dan sihat.

8. THE BLOOD TYPE DIET
Diet ini menyatakan bahawa setiap kumpulan darah mempunyai kecenderungan mengidap penyakit tertentu. Oleh itu. ada jenis diet yang mengikut kategori darah. Orang yang ingin mengamalkannya perlu makan kumpulan makanan yang sesuai dengan kumpulan darah mereka sahaja.

9. THE GRAPEFRUIT DIET
Diet ini diwarisi sehingga generasi ketiga dan keempat. Ia juga dikenali sebagai 'Fad Diet'. Sangat popular di kalangan selebriti Hollywood.

10. THE GREEN TEA DIET
Ada dua terbaik untuk mengurangkan berat badan iaitu mengurangkan jumlah pengambilan kalori dan meningkatkan penggunaan tenaga tubuh. Diet jenis ini melibatkan kedua-dua unsur tersebut dan dianggap sebagai diet paling mudah di pasaran.

11. THE LOW FAT DIET
Diet ini bukan hanya meningkatkan kesihatan bahkan juga membantu anda menurunkan berat badan.Diet ini menerangkan yang lemak bukan sahaja mengandungi gandaan kalori untuk karbohidrat dan protein bahkan ia juga boleh memberikan risiko pada sistem kardiovaskular.

12. THE MEDITERRANEAN DIET
Ia bukan asahaja setakat diet bahkan juga perubahan gaya hidup yang menggantikan makanan proses dengan makanan semulajadi yang lazat, Diet ini menawarkan makanan yang sempurna, kaya dengan antioksida demi membantu anda kelihatan muda dan bertenaga.

13. THE SOUTH BEACH DIET
Diet ini tidak menghalang anda mengambil karbohidrat. Sebaliknya ia menerangkan tentang perbezaan antara karbohidrat baik dan karbohidrat tidak baik begitu juga dengan lemak baik dan lemak tidak baik.

14. WEIGHT WATCHERS DIET PLAN.
Ia direka pada tahun 1960-an dan telah menjadi antara kaedah diet popular di dunia

Monday, 30 January 2012

expert tricks make up

1.PIPI

jika kamu terlebih sapu pemerah pipi, balaslah segera warna pipi dengan translucent powder. jika warnya masih kuat, gunakan setitik kecil foundation jenis cecair yang sepadan dengan warna kulit dan sapu rata pada pipimu.

2.HARUMAN

jika kamu terlebih sembur minyak wangi pada kulit, redakan baunya dengan menyapu baby wipe yang bebas haruman pada kulit yang sudah disembur tadi. baunya yand tajam pasti surut sedikit.

3. RAMBUT

jika rambutmu kering meremang, ambil sedikit krim perapi rambut kamu( sebesar syiling 10sen), sikatlah ia pada rambut yang basah. selepas itu, keringkan dengan pengering rambut dengan suhu sederhana panas.bilas selepas itu


sumber: intrend

Saturday, 28 January 2012

Khasiat cuka nipah


Biasanya cuka nipah ini diperbuat daripada air nira nipah yang diperam selama 44 hari. Nira nipah boleh diminum segar dan ada pengusaha nira ni menjadi nira tu cuka. Cuka nipah ini dikatakan amat berkhasiat dan baik untuk kesihatan.
Nabi Muhammad SAW juga amat menggalakkan umatnya  mengamalkan meminum cuka (KHAL) dari herba untuk kebaikkan dan kesihatan ini.
Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)
Antara Khasiat cuka nipah:
1.      Boleh mengubati kencing manis
2.      Menurunkan tekanan darah tinggi
3.      Memecah batu karang
4.      Menurunkan kolestrol dan mengubati sakit jantung
5.      Melegakan sakit gout
6.      Boleh jugak mengubati penyakit migrain
7.      Mencegah obesiti
8.      Buasir
9.      Masalah usus
10.  Sembelit
11.  Membuang toksik dalam badan
12.  Menstabilkan kepanasan badan
13.  Penjagaan kulit dan kecantikan badan semulajadi.
Cara mengamalkannya:
Cara 1
Ambilkan satu sudu besar cuka nipah dicampur dengan satu sudu teh madu lebah asli dan minum dengan air suam, amalan dipercayai mampu mengubati penyakit seperti di atas.
Cara 2
Ambil beberapa biji kurma kemudian direndam bersama cuka nipah semalaman (pastikan kurma itu tenggelam). Kemudian makan kurma tersebut sebiji sehari (jangan lebih kang jadi lain pulak). Dipercayai boleh mengurangkan kolestrol dan darah tinggi.
Cara 3
Kalau sakit migrain pulak ambilkan satu sudu cuka nipah dicampur sedikit air kemudian sapu pada bahagian migrain tersebut.
Sebenarnya bukan ni je khasiatnya, ia juga digunakan untuk mematikan barang sihir dengan menjiruskan cuka ini. Berupaya juga menghalau hantu jin kat rumah – petuanya kalau nak keluar/meninggalkan rumah dalam masa yang lama, isi cuka nipah dalam bekas terbuka letak ditengah-tengah rumah bagi menghindari hantu jin ni masuk atau tinggal dalam  rumah dia, tak pasal-pasal kita kena marah kata rumah dia pulak. Itu serba sedikit khasiat cuka nipah asli yang baik untuk kebaikan dan kesihatan

Thursday, 26 January 2012

Khasiat kurma


Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma,
maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum
beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.


Buah kurma mengurangkan risiko diserang penyakit jantung dan kencing manis kerana kandungan zat galiannya seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. ia juga boleh dikategorikan sebagai sumber tenaga kerana mengandungi glukosa yang merupakan unsur gula dalam darah. Kurma merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. Membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membantu membentuk minda yang sihat. Kesimpulanya, kurma amat penting bagi pertumbuhan dan peningkatan kesihatan.



Friday, 20 January 2012

Amalan Gaya Hidup Sihat

Sebagai seorang muslim, kita harus memastikan gaya hidup kita berlandaskan sunnah Rasulullah saw, terutamanya dari aspek kesihatan. Rasulullah sendiri sentiasa menjaga aspek pemakanan dan kesihatan fizikal sehinggakan baginda sendiri mampu untuk mengetuai angkatan Perang Tabuk meskipun telah berusia 62 tahun! Badan yang sihat diperlukan untuk membolehkan kita beribadah kepada Allah, belajar, bekerja dan berkhidmat kepada masyarakat.  Beberapa tips kesihatan yang boleh kita amalkan bersama:

Senaman ringkas


Cuba untuk amalkan senaman selama 20 minit, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Kumpul rakan-rakan yang lain untuk bermain bola, netball, futsal, badminton dan sebagainya. Jika anda malas untuk keluar rumah disebabkan kesejukan Winter, anda boleh melakukan senaman di rumah seperti skipping, senaman robik, taebo dan kickboxing. Banyak contoh senaman boleh didapati dalam Youtube!

Makanan yang sihat dan berkualiti

Elakkan makan terlalu banyak. Contohi sifat Rasulullah, makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Masalah kegemukan berpunca daripada lebihan kalori dan kurangnya bersenam (input > output), maka ia akan tersimpan dalam bentuk lebihan lemak yang memberatkan badan.

Makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan sebanyak mungkin. Ikuti kempen yang telah lama dilancarkan oleh kerajaan Australia, 2+5 yang bermakna makan 2 hidangan buah dan 5 hidangan sayur sehari. Ia boleh membantu menyelesaikan masalah sembelit (constipation) dan mengurangkan risiko kanser usus!

Kurangkan makanan manis dan berlemak. Sememangnya makanan-makanan sebegini sangat menyelerakan, namun ingatlah bahawa ia tidak baik untuk anda!

Tidur yang mencukupi

Ramai antara kita yang mengorbankan waktu tidur semata-mata untuk menyiapkan kerja, namun tidak ramai yang menyedari bahawa banyak lagi masa lain yang boleh dikorbankan seperti masa melayari facebook, chatting, bersembang dan sebagainya. Tidur yang cukup diperlukan agar badan kita mendapat rehat yang berkualiti supaya kita mampu untuk bekerja esok hari. Allah telah menjadikan malam untuk tidur dan berehat, jadi ikutilah sunnatullah ini!

Pengurusan stress

Setiap manusia pasti menghadapi stress, baik student, surirumah, doktor mahupun pesakit. Yang penting adalah bagaimana untuk menghadapi stress tersebut. Sesenduk garam tetaplah sesenduk garam, kalau termasuk dalam secawan air maka masinlah jadinya. Namun jika ia termasuk dalam selaut air, maka sedikit pun tidak terasa. Lapangkan hati kita untuk menerima sebarang masalah yang timbul, dan ini dapat dicapai melalui solat yang khusyuk, qiamullail, bacaan Quran dan zikrullah.

Diet cara Rasulullah S.A.W


Tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-harian terkandung zat-zat makanan yang membahayakan tubuh kita sendiri – lebih lagi apabila ia tidak dinyah dengan baik. Inilah faktor utama terjadinya pelbagai penyakit seperti kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain.
Ustaz Abdullah Mahmood pernah mengungkapkan bahawa Rasulullah S.A.W tidak pernah sakit perut sepanjnag hayatnya kerana pandai menjaga makanan Baginda setiap hari. Ternyata Baginda mempunyai beberapa cara pemakanan yang dianggap mempengaruhi kesihatan Baginda.
Cara pemakanan Rasulullah S.A.W ini lebih dikenali sebagai ‘diet ala Rasulullah S.A.W’. InsyaAllah jika anda mengamalkan cara pemakanan seperti ini anda juga tidak akan menderita sakit perut, keracunan makanan mahupun pelbagai penyakit yang lain.
Berikut adalah beberapa cara pemakanan Baginda :
1.       Baginda tidak makan daging bersama susu ;
2.      Baginda tidak makan ikan bersama daging ;
3.      Baginda tidak makan ikan bersama susu ;
4.      Baginda tidak makan ayam bersama susu ;
5.      Baginda tidak makan ikan bersama telur ;
6.      Baginda tidak makan ikan bersama daun salad ;
7.      Baginda tidak makan cuka bersama susu ;
8.      Baginda tidak makan buah bersama susu (contoh : cocktail)
9.      Tidak makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu barulah diikuti dengan nasi;
10.   Tidur selama 1 jam selepas makan tengahari ;
11.    Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan bertambah ;

Kesan dari cara pemakanan sebegini akan lebih jelas untuk jangka masa yang panjang iaitu apabila kita sudah tua nanti. Di dalam kitab juga ada melarang kita daripada makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita dari makan ikan bersama susu, kerana kita akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuan yang membuat penemuan bahawa dalam daging ayam terkandung ion + manakala di dalam ikan pula terkandung ion -, dan jika makanan tersebut bercampur maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
Al-Quran juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan mandi pagi sebelum Subuh (sekurang-kurangnya satu jam sebelum matahari terbit). Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Anda mungkin boleh saksikan sendiri orang yang mandi pagi kebanyakannya badan mereka tidak gemuk.

Wednesday, 18 January 2012

Khasiat brokoli


Brokoli merupakan sayuran yang sangat ajaib. Brokoli adalah sumber antioksidan yang tinggi protein. Kandungan seratnya separuh dari roti gandum, tetapi kandungan kalorinya hanya sstupersepuluh.

Brokoli banyak mengandung vitamin dan mineral, antara lain beta-karoten, vitamin A, vitamin C, zat besi, seng, sera vitamin B dan asid folik. Sayuran ini dapat memperkuat sistem imunisasi  dan menjadi kekuatan utama untuk melawan kanser usus. Kandungan sulphuraphane-nya mampu mendetoksifikasi dan secara efektif mengeluarkan segala penyebab kanser yang kita makan dan hirup setiap saat. Brokoli melindungi sistem imunisasi secara menyeluruh. Selain melawan kanser, brokoli juga baik untuk melawan penyakit jantung dan infeksi, terutama yang berhubungan dengan saluran pernafasan.

Brokoli adalah sayuran yang mempunyai kemampuan membersihkan secara mendalam. Sayuran ini dapat membersihkan seluruh sistem pencernaan serta memurnikan dan menstimulasi hati, yang merupakan organ tubuh utama untuk detoksifikasi. Bila hati bekerja dengan kemampuan penuh, seluruh tubuh akan berfungsi lebih baik.

Brokoli mencegah tumpukan racun berbahaya di dalam sistem tubuh. Ketika beban racun dalam tubuh dikurangi, kulit secara semulajadi  akan menjadi lebih baik. Tidak heranlah jika brokoli menjadi makanan kecantikan yang sempurna. Kandungan vitamin B2-nya baik untuk kulit, rambut, dan kuku. Vitamin B2 dan B5 bergabung di dalam brokoli untuk mengubah metabolisme lemak menjadi energi sehingga memberi anda kekuatan. Cara memasak yang sesuai sangat penting untuk mempertahankan kadar gizinya. Merebus merupakan cara yang terbaik.

Brokoli juga bermanfaat untuk wanita hamil kerana mengandung asid folik (vitamin B jenis lain) yang dapat melindungi kandungan dari spina bifida (kondisi kelumpuhan tubuh bahagian bawah) serta memperkuat sistem saraf dan sel darah ibu dan bayi. Asid folik ini boleh berkurangan disebabkan pil kontrasepsi oral, sehingga jumlah sel darah merah juga ikut menurun. Asid folik juga baik untuk mendorong produksi serotonin, bahan kimia semulajadi di dalam tubuh yang dapat memperbaiki kondisi hati. Oleh kerana itu, brokoli juga bagus untuk pesakit kemurungan. Kita diajurkan memakan 1-3 hidangan brokoli dalam seminggu.

Khasiat :
  • ·         Melawan kanser usus.
  • ·         Melindungi sistem imunisasi tubuh.
  • ·         Mendetoksifikasi sistem tubuh yang berhubungan dengan pencernaan dan hati.
  • ·         Melindungi kandungan dari risiko spina bifida.
  • ·         Memperbaiki kondisi hati.
  • ·         Meningkatkan kesihatan kulit.
s