Wednesday, 29 February 2012

Epal Hijau dan Khasiatnya

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh membantu mencegah:
·         Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
·         Mengurangkan risiko penyakit jantung.
·         Membantu kesihatan membran paru-paru.
·         Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
·         Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
·         Membantu mengekalkan berat badan.
·         Mengurangkan tekanan penyakit asma.
·         Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Monday, 27 February 2012

30 Cara Mudah Untuk Tampil Langsing

1. berjalanlah ke tempat kerja atau park kereta pada jarak yang agak jauh daripada tempat kerja anda



2. gunakan susu rendah lemak berbanding susu penuh krim



3. minumlah air sebelum menikmati sebarang hidangan



4. sambil menonton tv di ruang tamu, lakukan angkat tubi dan jadikan ia salah satu senaman wajib.



5. selepas menikmati makan malam bersama keluarga atau kenalan, ajaklah mereka berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan sebagai 1 senaman selepas makan



6. makan hanya separuh daripada hidangan pencuci mulut anda.



7. inginkan sesuatu yang menyeronokkan? Apa kata gantikan rutin memandu kereta ke pejabat dengan berbasikal ataupun berkasut roda!



8. jika hendak menyenduk makanan ke dalam pinggan, pastikan kuantiti makanan tersebut tidak melebihi besar gengaman tangan anda



9. ingin memotong rumput di halaman rumah? gunakan mesin pemotong rumput manual (yang perlu ditolak) daripada mesin automatik



10. tambahkan kandungan serat dalam diet anda



11. ingin menghantar anak anda ke pusat asuhan atau sekolah? tidak perlu berkereta tetapi gunakan kudrat kaki anda untuk berjalan ke sana.



12. lakukan senaman secara berkumpulan kerana ia lebih menyeronokkan



13. pastikan kasut sukan anda sentiasa ada di dalam kereta atau pejabat bagi tujuan bersenam pada bila-bila masa



14. makan dalam pinggan kecil kerana secara tidak langsung ia mempengaruhi kuantiti yang diambil.



15. jangan makan pada lewat malam


16. Ringankan tulang dengan melakukan kerja-kerja rumah. sekurang-kurannya ia boleh mengeluarkan peluh dan digantikan sebagai senaman



17. elakkan daripada menghadiri restoran atau majlis-majlis yang mempunyai hidangan buffet



18. daripada mengoreng lebih elok sekiranya anda memasak dengan cara memanggang atau bakar.



19. berjalan kaki atau berbasikallah untuk ke kedai runcit atau pasaraya mini.



20. gunakan minyak sayur-sayuran ketika memasak



21. perbanyakkan lobak merah, kurangkan pengambilan kek



22. duduk dengan tegak semasa membuat kerja



23. cuci kereta anda sendiri daripada menghantarnya ke "car wash".



24. jangan sesekali abaikan hidangan utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.



25. lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 1 atau 2 kali seminggu



26. anda tidak boleh bersenam kerana keadaan cuaca yang tidak memuaskan? bersenamlah di dalam rumah mengikut panduan daripada pita video



27. sekiranya anda merasakan sukar bersenam sebelum waktu kerja, maka bersenamlah selepas waktu kerja.


28. berjalanlah sekitar pejabat atau lakuakan senaman ringkas ditempat duduk anda daripada makan dikafeteria atau menghisap rokok




29. luangkan masa selama setengah jam untuk bermain dengan anak-anak anda.


30. sesekali, menarilah mengikut rentak muzik di bilik anda.

Sunday, 12 February 2012

14 jenis diet popular didunia

1. MENYUKAT KALORI
Ia melibatkan pengambilan makanan rendah kalori dan mengutamakan makanan yang sihat dan semulajadi

2. THE GREAT SKIN DIET
Wanita sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk menjaga kulit. Namun tidak ramai yang tahu kulit sebenarnya adalah cermin kepada tahap kesihatan dalaman tubuh anda.

3. THE MODEL DETOX DIET
Diet jenis ini bertindak mencuci toksin dan menyimpan tenaga dan kekuatan tubuh.

4. THE ACAI BERRY DIET
Diet melibatkan buah-buah beri yang dianggap 'superfood' yang membantu anda hidup dengan penuh tenaga dan keseimbangan.

5. THE APPLE CIDER VINEGAR DIET
Diet melibatkan khasiat cuka epal yang sudah lama digunakan sebagai perawat kesihatan semulajadi. Namun akhir-akhir ini kajian berjaya membuktikan ia boleh menjadi supplemen paling berkesan menurunkan berat badan.

6. ATKINS DIET
Sangat popular dikalangan lelaki dan perempuan. Diet Atkins diamalkan secara melaus dalam industri fesyen dan hiburan.

7. MENCUCI DAN BERPUASA
Mencuci atau detoksifikasi adalah teknik yang digunakan model-model peragaan dalam kerjaya mereka. Ia bukan sahaja membantu anda mudah menurunkan berat badan bahkan menambah keserian wajah. Ia membantu membersihkan organ dalaman anda dan memberikan rambut yang kuat dan sihat.

8. THE BLOOD TYPE DIET
Diet ini menyatakan bahawa setiap kumpulan darah mempunyai kecenderungan mengidap penyakit tertentu. Oleh itu. ada jenis diet yang mengikut kategori darah. Orang yang ingin mengamalkannya perlu makan kumpulan makanan yang sesuai dengan kumpulan darah mereka sahaja.

9. THE GRAPEFRUIT DIET
Diet ini diwarisi sehingga generasi ketiga dan keempat. Ia juga dikenali sebagai 'Fad Diet'. Sangat popular di kalangan selebriti Hollywood.

10. THE GREEN TEA DIET
Ada dua terbaik untuk mengurangkan berat badan iaitu mengurangkan jumlah pengambilan kalori dan meningkatkan penggunaan tenaga tubuh. Diet jenis ini melibatkan kedua-dua unsur tersebut dan dianggap sebagai diet paling mudah di pasaran.

11. THE LOW FAT DIET
Diet ini bukan hanya meningkatkan kesihatan bahkan juga membantu anda menurunkan berat badan.Diet ini menerangkan yang lemak bukan sahaja mengandungi gandaan kalori untuk karbohidrat dan protein bahkan ia juga boleh memberikan risiko pada sistem kardiovaskular.

12. THE MEDITERRANEAN DIET
Ia bukan asahaja setakat diet bahkan juga perubahan gaya hidup yang menggantikan makanan proses dengan makanan semulajadi yang lazat, Diet ini menawarkan makanan yang sempurna, kaya dengan antioksida demi membantu anda kelihatan muda dan bertenaga.

13. THE SOUTH BEACH DIET
Diet ini tidak menghalang anda mengambil karbohidrat. Sebaliknya ia menerangkan tentang perbezaan antara karbohidrat baik dan karbohidrat tidak baik begitu juga dengan lemak baik dan lemak tidak baik.

14. WEIGHT WATCHERS DIET PLAN.
Ia direka pada tahun 1960-an dan telah menjadi antara kaedah diet popular di dunia

Monday, 30 January 2012

expert tricks make up

1.PIPI

jika kamu terlebih sapu pemerah pipi, balaslah segera warna pipi dengan translucent powder. jika warnya masih kuat, gunakan setitik kecil foundation jenis cecair yang sepadan dengan warna kulit dan sapu rata pada pipimu.

2.HARUMAN

jika kamu terlebih sembur minyak wangi pada kulit, redakan baunya dengan menyapu baby wipe yang bebas haruman pada kulit yang sudah disembur tadi. baunya yand tajam pasti surut sedikit.

3. RAMBUT

jika rambutmu kering meremang, ambil sedikit krim perapi rambut kamu( sebesar syiling 10sen), sikatlah ia pada rambut yang basah. selepas itu, keringkan dengan pengering rambut dengan suhu sederhana panas.bilas selepas itu


sumber: intrend

Saturday, 28 January 2012

Khasiat cuka nipah


Biasanya cuka nipah ini diperbuat daripada air nira nipah yang diperam selama 44 hari. Nira nipah boleh diminum segar dan ada pengusaha nira ni menjadi nira tu cuka. Cuka nipah ini dikatakan amat berkhasiat dan baik untuk kesihatan.
Nabi Muhammad SAW juga amat menggalakkan umatnya  mengamalkan meminum cuka (KHAL) dari herba untuk kebaikkan dan kesihatan ini.
Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)
Antara Khasiat cuka nipah:
1.      Boleh mengubati kencing manis
2.      Menurunkan tekanan darah tinggi
3.      Memecah batu karang
4.      Menurunkan kolestrol dan mengubati sakit jantung
5.      Melegakan sakit gout
6.      Boleh jugak mengubati penyakit migrain
7.      Mencegah obesiti
8.      Buasir
9.      Masalah usus
10.  Sembelit
11.  Membuang toksik dalam badan
12.  Menstabilkan kepanasan badan
13.  Penjagaan kulit dan kecantikan badan semulajadi.
Cara mengamalkannya:
Cara 1
Ambilkan satu sudu besar cuka nipah dicampur dengan satu sudu teh madu lebah asli dan minum dengan air suam, amalan dipercayai mampu mengubati penyakit seperti di atas.
Cara 2
Ambil beberapa biji kurma kemudian direndam bersama cuka nipah semalaman (pastikan kurma itu tenggelam). Kemudian makan kurma tersebut sebiji sehari (jangan lebih kang jadi lain pulak). Dipercayai boleh mengurangkan kolestrol dan darah tinggi.
Cara 3
Kalau sakit migrain pulak ambilkan satu sudu cuka nipah dicampur sedikit air kemudian sapu pada bahagian migrain tersebut.
Sebenarnya bukan ni je khasiatnya, ia juga digunakan untuk mematikan barang sihir dengan menjiruskan cuka ini. Berupaya juga menghalau hantu jin kat rumah – petuanya kalau nak keluar/meninggalkan rumah dalam masa yang lama, isi cuka nipah dalam bekas terbuka letak ditengah-tengah rumah bagi menghindari hantu jin ni masuk atau tinggal dalam  rumah dia, tak pasal-pasal kita kena marah kata rumah dia pulak. Itu serba sedikit khasiat cuka nipah asli yang baik untuk kebaikan dan kesihatan

Thursday, 26 January 2012

Khasiat kurma


Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma,
maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum
beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.


Buah kurma mengurangkan risiko diserang penyakit jantung dan kencing manis kerana kandungan zat galiannya seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. ia juga boleh dikategorikan sebagai sumber tenaga kerana mengandungi glukosa yang merupakan unsur gula dalam darah. Kurma merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. Membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membantu membentuk minda yang sihat. Kesimpulanya, kurma amat penting bagi pertumbuhan dan peningkatan kesihatan.