Sunday, 8 January 2012

Petua untuk hilangkan bau mulut

Bau mulut yang menyenangkan memberikan anda lebih keyakinan untuk berinteraksi dengan individu lain. Tapi, anda tahu tak cara untuk mengatasi masalah mulut berbau ataupun nafas berbau ni?

Jika anda perasan, saya pernah menerbitkan artikel berkaitan masalah nafas berbau di sini dan masalah bau mulut kat sini. Anda boleh merujuk pada pautan yang diberikan tu sebagai maklumat tambahan yer.

Pada edisi kali ini, petuanya berfungsi mengatasi kedua-dua masalah sekaligus. Iaitu boleh menghilangkan masalah nafas berbau serta mengawal bau mulut anda. Bahan utama yang diperlukan adalah bunga cengkih


cengkih (syzygium aromaticum l.)
cengkih (syzygium aromaticum l.) - soorganic.com



Cara mengamalkan petua ini adalah seperti berikut:


1. Ambil sebanyak 10 hingga 15 biji atau bunga cengkih.

2. Rebuslah cengkih tersebut bersama 10 gelas air bersih kira-kira dalam masa 15 minit. Ataupun sehingga air rebusan tu tinggal lebih kurang pada paras 3 gelas.

3. Kemudian, anda minumlah air rebusan itu sebanyak 1/4 atau 1/2 gelas sekurang-kurangnya sekali sehari.

Namun begitu, anda boleh meminumnya sebanyak 3 kali (selepas makan) untuk kesan yang lebih baik.

Di samping itu, air rebusan cengkih ni juga boleh anda gunakan untuk tujuan lain. Antaranya bagi melegakan kembung perutmembuang angin dalam badan dan melegakan rasa sengal-sengal.


Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/12/atasi-masalah-bau-mulut-dan-nafas.html#ixzz1iwIxMbrF




Petua berkumur dengan air sireh untuk mengelakkan mulut daripada berbau.


Caranyanya ialah ;
  1. Ambil beberapa helai daun sireh
  2. Ramas daun2 sireh tu dalam air
  3. Amalkan berkumur dengan air tu setiap pagi
Cara lain ;
  1. Ambil 2 helai daun sireh
  2. Masukkan dalam mulut dan kunyah hingga lumat
  3. Biarkan sireh dalam mulut beberapa ketika
  4. Berkumur dengan air (* Sireh yang dikunyah tak perlu ditelan)


Wednesday, 4 January 2012

Pemakanan Seimbang


Apakah Cara Makan Yang Betul ?

Ada sesetengah orang yang makan hanya untuk mengisi perut mereka. Ada juga yang makan bagaikan tiada hari esok untuk makan lagi.
Jangan ikuti tabiat seperti ini! Sebaliknya, ikuti cara makan yang sihat. Cara pemakanan yang sihat akan memastikan anda tidak mudah jatuh sakit dan juga akan membantu anda mencapai kecemerlangan di sekolah, hinggakan semua orang akan mengagumi anda!

Ikuti Panduan Piramid Makanan! Ia satu cara yang seronok dan senang untuk mendapat diet yang seimbang. Piramid ini mengesyorkan berapa banyak yang anda perlu makan daripada setiap kumpulan makanan. Ini akan membantu anda mendapat jumlah nutrien yang diperlukan. Senang sahaja mula dari bawah piramid dan naik ke puncaknya!

Berapa Banyak Anda Harus Makan?

Makan mengikut keperluan fizikal anda. Jika anda sangat aktif dalam sukan dan permainan, anda harus makan lebih banyak. Jika anda tidak begitu aktif, anda harus kurangkan makan.

Bertenaga Dengan Bijirin Dan Ubi




Nasi, mi, roti dan makanan bijirin lain mengandungi karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada badan dan minda anda! Ubi seperti keledek dan kentang juga merupakan pilihan yang bagus! Makanan seperti ini harus menjadi sumber tenaga anda yang utama. Makanan ini juga mengandungi sejenis karbohidrat khas, dipanggil serat, yang amat penting untuk kesihatan anda.

Serat Menentang Penyakit Jantung

Serat ialah sejenis karbohidrat yang terdapat dalam kekacang, bijirin, ubi, buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia membantu mencegah sembelit dan menyingkirkan sisa-sisa toksik daripada badan anda. Ia juga mencegah penyakit jantung, suatu penyakit yang bermula pada umur anda.
Tahukah anda bahawa penyakit jantung boleh bermula pada umur anda? Mengambil terlalu banyak lemak, terlalu sedikit serat, merokok dan tidak bersenam semua ini boleh menyebabkan saluran darah ke jantung anda tersumbat ! Proses ini berlaku dengan lambat dan anda tidak akan menyedarinya.sehingga anda diserang sakit jantung beberapa tahun kemudian.
Makan banyak serat boleh membantu menjaga saluran darah yang sihat dan mengelakkan daripada tersumbat. Anda juga mesti menjaga berat badan yang sihat, jangan merokok dan mengamalkan cara hidup yang cergas. 

Kuasa Kekacang

Kekacang adalah sumber protein yang baik. Anda boleh memilih pelbagai jenis kekacang seperti dhal, kacang hijau, kacang merah dan kacang soya. Kekacang seperti ini juga membekalkan serat yang penting untuk kesihatan anda. Jadi makanlah pelbagai kekacang!

Buah-Buahan enak !

Buah-buahan membekalkan vitamin dan mineral yang boleh melindungi badan anda daripada penyakit dan jangkitan biasa. Vitamin C dalam jambu, betik dan oren, misalnya, boleh membantu luka cepat sembuh. Buah-buahan juga mengandungi serat.
Makanlah banyak buah-buahan dan minum jus buah-buahan untuk menjadi sihat!

Sayuran sihat !

Sayur-sayuran juga mengandungi banyak vitamin dan mineral yang boleh membantu badan anda berfungsi dengan sempurna. Seperti makanan tumbuhan lain, sayur-sayuran juga tinggi kandungan serat.
Buatlah pilihan bijak makan sayur-sayuran yang pelbagai warna, bentuk dan saiz! Sayur-sayuran mentah, dikukus atau ditumis adalah pilihan yang paling bagus.

Susu Pilihan Bagus!


Susu bukannya untuk bayi sahaja. Anda memerlukan susu juga kerana ia mengandungi zat protein untuk membina badan anda, vitamin serta mineral-mineral yang penting. Susu membekalkan kalsium, sejenis mineral yang boleh membentuk tulang yang kuat dan padat supaya tidak mudah patah kemudian hari nanti.
Sama ada anda minum susu segar atau susu tepung, susu biasa atau susu berperisa, segelas di rumah, atau sepaket di sekolah, pastikan anda minum susu dan dapatkan khasiatnya.

Makanlah Daging

Daging dan ikan mengandungi protein untuk membina otot dan tisu-tisu lain dalam badan anda. Daging juga merupakan sumber vitamin B, zat besi, magnesium dan zink yang bukan sahaja penting untuk kesihatan anda, tetapi juga membantu memperbaiki pencapaian fizikal dan mental anda.

Lemak Penting Juga!

Lemak adalah penting kerana ia adalah sumber kalori yang penting untuk memenuhi keperluan tenaga anda. Ia juga membekalkan nutrien-nutrien lain yang penting seperti asid lemak dan vitamin.

Akan tetapi, anda hanya memerlukan lemak dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Mengambil terlalu banyak lemak adalah buruk untuk kesihatan anda. Pertamanya, lemak mengandungi terlalu banyak tenaga sehingga boleh menambahkan berat badan anda. Keduanya, lemak haiwan (dari daging lembu, ayam, kambing atau khinzir) dan lemak dari sesetengah tumbuhan (seperti kelapa) boleh membawa kesan buruk kepada jantung anda dan lama-kelamaan mungkin mengakibatkan penyakit jantung.

Kurangkan Garam, Gula & Bahan Pengawet

Jika anda menggemari makanan yang manis, masin atau diproses, anda harus mengetahui ini. Terlalu banyak garam adalah buruk untuk tekanan darah anda, terlalu banyak gula boleh menambahkan berat badan anda, manakala sesetengah bahan pengawet dikatakan boleh menyebabkan penyakit kanser.
Jadi, ikutilah nasihat ini. Pilih makanan yang kurang garam, gula dan bahan pengawet. Nikmatilah rasa yang segar dan semulajadi!

Seronok Bersnek

Mengambil snek adalah cara yang baik untuk sentiasa bertenaga, cergas dan bersemangat sepanjang hari. Pilihlah snek yang enak lagi berkhasiat. Di sini ada beberapa idea untuk snek yang lazat: sandwic ringkas, biskut, sekeping keju, buah-buahan segar, sayur-sayuran mentah (seperti lobak kecil atau tomato ceri) atau segelas susu. Yumm
betapa menyelerakan snek-snek ini! 


sumber : http://www.nutriweb.org.my

Tuesday, 3 January 2012

10 Tips untuk Menghilangkan Kedutan

Kehadiran kedutan dimuka adalah amat digeruni oleh kebanyakan wanita kerana ia akan menampakkan diri telah dimamah usia.  Walaupun ia sukar untuk dielakkan 100 peratus, usaha untuk mengurangkan kehadirannya perlu dilakukan agar wajah tanpak lebih muda dan jelita.  Kehadirannya juga harus diminimakan agar wajah tidak kelihatan lebih tua dari usia.

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk meminimakan kedutan dan untuk menganjalkan kulit, iaitu:

1.  Mengamalkan pemakanan yang sihat

















Diri anda adalah apa yang anda makan.  Ambillah makanan yang menyumbang kepada kesihatan kulit iaitu lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.  Ia mampu membantu memperbaiki struktur kulit.  Hendaklah mengurangkan pengambilan makanan segera, makanan berminyak dan makanan berlemak.

2.  Lindungi kulit anda dari sinaran matahari
 
Sinaran ultra ungu yang terdapat pada sinaran cahaya matahari boleh mempercepatkan kedutan pada kulit.  Oleh itu elakkanlah kulit anda dari terdedah kepada sinaran terus matahari untuk jangkawaktu yang panjang.  Gunakanlah krim pelindung matahari setiap kali anda ingin keluar rumah pada waktu siang iaitu krim yang mengandungi SPF 15 atau 20 yang mampu melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB.

3.  Penggunaan krim pelembab
Elakkan kulit anda dari mengalami pengeringan kerana kekeringan kulit adalah penyumbang kepada kehadiran kedutan.  Gunakanlah krim pelembab yang sesuai dengan kulit anda.  Ia dapat membantu kulit anda mendapat cukup lembapan yang mana dapat membantu kulit untuk menjadi lebih elastik dan mengurankan kedutan.

4.  Dapatkan tidur yang cukup











Tidurlah sekurang-kurangnya enam jam sehari.  Tidur yang cukup akan menghasilkan tubuh yang sihat dan cergas yang mana dapat mengelakkan kelesuan pada wajah.  Ianya sekaligus dapat membantu mengurangkan risiko kehadiran kedutan.

5.  Menggunakan pelindung mata
Penjagaan mata adalah amat penting kerana kedutan amat mudah terjadi disekitar mata.  Penggunaan krim mata amat membantu mengatasi masalah ini.  Penggunaan cermin mata yang mempu mengelakkan mata dari sinaran UVA dan UVB juga patut digunakan ketika anda terdedah kepada pancaran matahari dan juga ketika manggunakan komputer dan menonton televisyen.

6.  Mengamalkan pengambilan ikan sebagai diet harian
 









Ikan sememangnya kaya dengan protein yang dapat membantu membina struktur kulit.  Omega-3 yang terdapat pada ikan salmon, mackerel dan tuna misalnya mengandungi ALA (Alpha Linolenic Acis) dan EPA (Eicosapemntanoik Acid) dan DHA (Docosahexanoic Acid) yang amat baik untuk tubuh dan kulit.

7.  Senaman secara teratur
Senaman yang teratur mampu menyumbang kepada kesihatan tubuh sekaligus kepada kesihatan kulit.  Lakukanlah senaman ringan setiap hari terutamanya ketika setiap kali bangun tidur selain dari senaman yang dilakukan selama sekurang-kurangnya 20 minit setiap sessi, tiga kali seminggu.

8.  Minum air dalam jumlah yang mencukupi
 









Minumlah air sebanyak lapan gelas sehari untuk cuaca dan keadaan yang normal.  Minumlah lebih dari lapan gelas sehari ketika cuaca panas dan ketika mangadakan aktiviti yang aktif dan ketika berada di tempat berhawa dingin.  Kandungan air yang cukup dalam tubuh mempu mengekalkan keanjalan kulit dan dapat mengelakkannya dari berkedut.

9.  Bersihkan sisa solekan
Jangan sesekali tidur tanpa membersihkan sisa solekan pada wajah anda.  Sisa solekan ini, walaupun cuma bedak, akan menutup pori-pori kulit.  Ia boleh menyebabkan pori-pori tersumbat yang menyumbang kepada kehadiran kedutan.

10.  Hindari dari merokok dan duduk berhampiran orang yang merokok
 
Merokok mampu mengurangkan kelembapan kulit dan menyumbang kepada kehadiran kedutan.  Elakkanlah dari tabiat merokok dan berada berhampiran orang yang sedang merokok.  Segeralah membersihkan wajah anda jika terpaksa bersama orang yang sedang merokok jika anda sayang kan kulit anda.


sumber: blog wanita oh wanita

Empat Tanda Kulit Anda Mengalami Penuaan Awal


Bukan sesuatu hal yang mustahil bagi seorang wanita berusia 20- atau 30-an untuk mengalami penuaan awal pada kulitnya. Radikal bebas seperti pancaran sinar matahari secara langsung, stress dan polusi lingkungan menjadi faktor penting penuaan awal pada kulit.
Faktor lainnya seperti merokok, minuman beralkohol ataupun diet yang tidak sihat juga turut mempengaruhi kerosakan pada kulit anda. Sebagai akibatnya, kulit kehilangan keindahan dan mula menunjukkan ciri-ciri fizikal penuaan awal. Berikut ini tanda-tanda penuaan dini pada kulit yang patut anda waspada.

1. Kerepot / kedut
Tanda yang paling mudah untuk dilihat tentu saja adalah kulit yang mulai kerepot. Akademi Dermatologi Amerika menjelaskan, kerepot ini muncul akibat pancaran sinar matahari, dan semakin bertambah parah jika anda merokok. Sinaran  radikal bebas akan merosak DNA pada kulit hingga ke membran sel. Kolagen dan elastin, protein yang berguna bagi kesihatan dan keindahan kulit, makin lama makin rosak yang mengakibatkan kulit akan mulai kendur dan kehilangan elastiknya. Faktor keturunan, seperti genetik dan ras, sebenarnya juga memengaruhi cepat lambatnya seseorang kerepot.

2. Noda kehitaman
Noda kehitaman, atau biasa disebut age spot, akan muncul dengan warna yang lebih gelap dari kulit sekitarnya. Menurut Institut Kesehatan Nasional, age spot umumnya dijumpai pada manusia yang sudah berumur di atas 40 tahun yang menghabiskan banyak waktunya di bawah sinar matahari. Biasanya muncul di daerah lengan, tangan, wajah, dahi dan bahu

3. Tekstur kulit kasar
Masalah lainnya yang menandai kulit mengalami penuaan awal adalah tekstur kulit yang menjadi kasar. Kolagen dan elastin akan rosak jika terus-menerus terkena pancaran sinar matahari. Kolagen bermanfaat menjaga kekuatan dan elastik kulit, sedangkan elastin akan menjadikan kulit tetap tegang dan fleksibel. Terlalu banyak berada di bawah sinar matahari akan membuat kulit tampak kering dan kasar.

4. Pori-pori melebar
Pori-pori yang membesar juga dikaitkan sebagai tanda-tanda penuaan awal pada kulit . Semakin bertambah usia seseorang itu, pori-porinya akan semakin membesar akibat penumpukan kulit mati. Pori-pori yang membesar ini dapat diatasi dengan rajin melakukan perawatan kulit yang merangkumi penyinkiran sel-sel kulit mati.

Khasiat sayuran hijau

Kucai














Kandungan: vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang
Khasiat: Dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, keputihan darah tinggi, sembelitdam melancarkan pengaliran darah.


Kacang buncis


Kandungan: kaya dengan protein dan vitamin.
Khasiat: membantu menurukan tekanan darah serta mengawal metabolism gula dalam darah

Brokoli


Kandungan: vitamin C,A, E, karotenoid dan asid folat.
Khasiat: melambatkan penuaan kulit dan mencegah sembelit.


Sawi


Kandungan: vitamin A, B, B2, B6, C, zat besi dan protein
Khasiat: mencegah hipertensi dan anemia bagi ibu hamil serta melancarkan pencernaan.


Bayam


Kandungan: vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, sodium potasium, magnesium mangan dan zink
Khasiat: mencegah anemiadan menambahkan tenaga.


Pegaga


Kandungan: vitamin A,C dan zat besi.
Khasiat: mencerdaskan pemikiran terutamanya kanak-kanak dan menyembuhkan luka dan kerengsaan kulit.


Peria


Kandungan: bahan menyerupai insulin
Khasiat: penawar kecing manis, menurukan paras gula dalam darah dan air kencing


Seleri


Kandungan: kaya dengan zat besi, fosforus, sodium, potasium, karotin, vitamin A, B-kompleks dan C, magnesium
Khasiat: membantu egah tekanan darah tinggi dan mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bacteria.


Daun salad


Kandungan: kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, karotin, vitamin A, dan C, magnesium dan zink
Khasiat: menenangkan fikiran. Karotin, serat dan air membantu menghilangkan dahaga dan melancarkan system pernafasan.


Asparagus


Kandungan: kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium,  vitamin A, dan C, magnesium, zink dan karotin
Khasiat: mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan eczema. Ia juga mengandungi unsure baik untuk kelenjar tiroid, pineal dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit

sumber: majalah rapi

Monday, 2 January 2012

Azam tahun baru

wish uolls happy new year!!




"What can be said in New Year rhymes,
That's not been said a thousand times?
The new years come, the old years go,
We know we dream, we dream we know.
We rise up laughing with the light,
We lie down weeping with the night.
We hug the world until it stings,
We curse it then and sigh for wings.
We live, we love, we woo, we wed,
We wreathe our prides, we sheet our dead.
We laugh, we weep, we hope, we fear,
And that's the burden of a year."



by Ella Wheeler Wilcox


apa azam tahun baru anda??
mesti setiap orang dah ada wish list masing2 kan..
setiap kali tahun baru mesti kita da siap dengan azam baru kan.. cam na lak dengan azam lama??tercapaikah??atau nak di carry forward ketahun nie..hehe

ada sesiapa yang ada azam nak lifestyle yang lebih sihat??
may b ada yang nak nampak slim or nak nampak lebih chubby kan..or nak nampak lebih cantik
semua nie bergantung pada displin diri...
bila kita berdisplin baru timbul tekad dalam diri untuk capai apa yang kita inginkan..
may b akan ada suara sumbang yang akan tanya bolehkah?mampukah?
why not kita anggap semua tue sebagai cabaran untuk kita buktikan azam kita bukan sesuatu yang mustahil untuk kita capai...

memang bukan mudah nak dapat apa yang kita ingin kan
selalu mesti ada orang sound "cakap senang la, try wat tengok".
saya bercakap dari pengalaman..
memang seksa nak put on diet nak force diri sendiri pergi exercise..
tapi bila anda dah terbiasa benda nie, ia akan jadi rutin harian yang anda xboleh tinggalkan..cuba try tengok hehe..
so displinkan diri anda, IA semua yang diidamkan pasti akan menjadi milik anda...:)